Garmin Malaysia baru-baru ini telah melancarkan dua jam tangan baharu untuk siri Forerunner iaitu Forerunner 255 dan 955. Acara diadakan di IOI City Mall Putrajaya pada Rabu lepas, 29 Jun 2022.

Dihasilkan khusus untuk peminat sukan dan aktiviti larian, Garmin Forerunner 255 dilengkapkan dengan sokongan penuh untuk triathlon. Manakala untuk siri 955 pula, ia membawakan fungsi pengecasan dari tenaga suria, pertama seumpamanya untuk jam tangan Forerunners.

Siri Forerunner 255 dan 955 turut menyediakan pelbagai alatan pengukuran prestasi dan latihan dari Firstbeat Analytics, VO2 maksima, kapasiti latihan, keadaan prestasi, kesan latihan dan banyak lagi.

Siri Garmin Forerunner 255

Garmin Forerunner 255 dan Garmin Forerunner 255 Music boleh didapati dalam saiz 46 mm dengan bateri yang boleh bertahan sehingga 14 hari di dalam mod jam tangan pintar dan sehingga 30 jam di dalam mod GPS.

Selain itu, ia juga menyediakan fungsi seperti:

  • Morning report – anda akan menerima maklumat cuaca harian dan cadangan senaman harian serta status tidur dan kebolehubahan kadar nadi (HRV). Laporan-laporan yang dipaparkan juga boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pengguna.
  • Full triathlon support – tukarkan rutin senaman dengan triathlon dan pelbagai profil aktiviti sukan secara mudah dengan satu butang.
  • Race widget – lihat maklumat berkaitan bersediaan hari larian seperti ramalan prestasi, cuaca, kiraan detik pada hari larian dalam satu wijet. Sebaik sahaja larian dijadualkan, saranan senaman harian akan disesuaiakn mengikut rancangan larian pengguna.
  • Pembayaran nirsentuhan – Forerunner 255 menyokong fungsi pembayaran menggunakan Garmin Pay.
  • GPS berbilang jalur (multiband) – terima data larian yang tepat, dalam keadaan persekitaran mencabar dengan mengaktifkan sistem penjejakan berbilang jalur dan satelit pada jam ini.

Siri Garmin Forerunner 955

Garmin Forerunner 955 Solar menampilkan lensa pengecasan suria Power Glas dengan hayat bateri selama 20 hari di dalam mod jam tangan pintar dan sehingga 49 jam di dalam mod GPS.

Dibina dnegan paparan penuh warna, skrin sesentuk responsifnya melengkapkan rekaan tradisional lima butang dengan akses pantas ke ciri-ciri kesihatan harian dan juga kawalan peta.

Garmin Forerunner 955 juga mencakupi keperluan atlet triathlon untuk mengenalpasti dinamika kayuhan basikal seperti ketika di dalam posisi duduk atau berdiri, fasa kuasa tinggi dan sebagainya ketika menggunakan meter kuasa Garmin yang bersesuaian.

Di dalam air, Forerunner 955 akan menjejak jarak renangan, gaya strok, rentak, rekod peribadi dan banyak lagi. Peminat aktiviti larian dan triathlon boleh memantapkan lagi latihan ke tahap seterusnya dengan menyegerakkan senaman di dalam dan juga luaran secara automatik dari aplikasi-aplikasi seperti Garmin Connect App, Tacx dan sebagainya.

Selain itu, Garmin Forerunner 955 turut menyediakan fungsi-fungsi baharu, seperti:

  • Pengecasan menggunakan tenaga suria (hanya pada Forerunner 955 Solar) – penggunaan bateri sehingga 49 jam bagi penggunaan mod GPS dengan solar.
  • GPS berbilang jalur- stay on track in the most challenging environments with multi-band, multi-satellite-system tracking.
  • Ketersediaan Latihan – ketahui tahap ketersediaan tubuh anda secara harian bagi meningkatkan manfaat dari latihan anda.
  • Tinjauan stamina secara masa-nyata – Pantau dan kesan tahap keupayaan secara masa nyata ketika sedang berlari atau sedang berkayuh basikal.
  • Kuasa larian secara natif – digunakan bersama-sama Running Dynamics Pod atau HRM-Pro (dijual secara berasingan), anda boleh menerima metrik secara masa nyata berkenaan seberapa banyak tenaga yang telah diupayakan dalam sesuatu sesi larian. Ia dibina ke dalam jam tangan dan tiada aplikasi diperlukan untuk menggunakannya.

Kedua-dua siri Garmin Forerunner baharu ini boleh didapati pada harga RM1,730 untuk siri Forerunner 255. Manakala siri Garmin Forerunner 955 pula berharga RM2,970. Jam tangan pintar ini boleh didpati dari kedai dalam talian Garmin di Shopee, Lazada, AECO e-store dan juga wakil-wakil pengedar Garmin yang sah di seluruh Malaysia.

Tinggalkan komentar