Semenjak lebih dari setahun aku berpindah ke Kuala Lumpur ni, baru semalam aku dapat bermain futsal. Mujur kasut futsal yang aku beli di Al-Ikhsan Kluang tiga tahun lalu masih lagi elok.
Walaupun tempoh aku bermain semalam tidak sampai pun 15 minit, tetapi sengal-sengal dan lenguh-lenguh otot aku begitu terasa sewaktu aku bangun dari tidur pagi tadi.
Nampak sangat tubuh aku kini sudah lemau.















Hihi… tidak warm-up terus main memang sakit badan – bukan lemau (masih muda). Kalau kakak ni lainlah dah longgar tulang hihi… Bila sudah kena dua-tiga kali lepas ini akan rasa lebih selesa. Riadah yg baik sebenarnya kalau rajin.
Warm up mula-mula tu. Pastu game lambat sangat start, gi pekena teh tarik dulu. Setengah jam kemudian terus masuk main futsal. Haha
teh tarik dulu…mmglah…hahhaa
teruskan…baik untuk kesihatan…..salam kenal.
Wokey! 🙂
teringat pengalaman main futsal dulu.. kelam kabut..
Kita yang jarang-jarang main ni normal la macam tu. Taktikal tunggang langgang. haha
habit aku macam tu, suka tak warm up. nah kau, hasilnya sendiri tanggung la.
aku futsal dengan nephew 4 tahun tu je. bola pun besar 3penumbuk dewasa. kira ok la tu kan? haha
Hehe. Awal benor train anak buah main futsal.
Warm up ni, ada setengah orang kalau tak warm up, senang kena kejang-kejang otot. Ada setengah orang, tak warm up pun rilek je takda apa-apa.
pelapis Ramli. hahaha.
cuba makan banyak sikit hee sebelum turun padang den rasa ok jer nant cewah :-#
makan banyak sikit sebelum turun padang? tak senak ke perut?
Pernah dulu makan megi sebelum main futsal. Time-time tengah lari tu tetiba tersendawa, rasa macam nak terjeluak balik je. Sampai tersedak-sedak pedas kat hidung. Rasa macam serbuk maggi tu dah naik ke rongga hidung.
selamat berfutfal bro. baik untuk kesihatan diri.
Semalam je dapat berfutsal. Entah bila lagi dapat main, tak tau le. Hehe
warming up tak sebelum main? lepas ni kena selalu main.. baru badan akan terbiasa..
Nak dapatkan masa untuk bersukan zaman berumah tangga ni memang susah. Main dengan anak-anak je la yang ada masa pun. Haha
Assalam
Biasanya , jika sudah lama gantung kasut , bermula kembali memang begitu. Esok-esok turun padang okay lah nanti..insyaallah.
Memang nak sangat start balik bersukan ni. Tapi kekangan masa tu yang menghalang. Hmmm..
futsal sememangnya penat..lebih penat dari main bola sepak padang…
Regards,
-Strider-
Yup, betul. Futsal jaraknya pendek, tapi agility yang kita perlukan untuk bergerak buatkan kaki cepat lenguh.
aku lama dah tak main futsal ni..bolaepask dekat padang apatah lagi..mmg semput la
Haha. Tambah-tambah pulak umur kita ni pun dah makin naik. Fitness pun dah makin kurang.
Fuhhh aktiviti lama yang semakin di tinggalkan..
Biasalah beb, makin berusia kita, makin suntuk masa untuk beriadah. hehe
Sudah lama bersara bermain bola dan futsal. 🙂
Kalau nak start balik sure berat sikit nak berlarinya tu. Hehe 🙂
Tak pernah main futsal.. teringin juga nak try.. tapi belum berkesempatan 😀
kalau dah jumpa lokasi yg sesuai tu maknanya awk kena konsisten la baru tak sakit badan. Akak pandai la nasihat org. Padahalnya akak pun dah lama tak exercise.
Nanti datang Selangor, boleh la main same
aku kaki bangku, plus aku takut kaki terseliuh, maka aku mmg tak akan main futsal atau apa2 game yg seangkatan dgnnya… kekeke… tp kalo badminton, bowling ngan pingpong, aku boleh skit2 ^^
Hehe.. So, memang sukan yang lari-lari nie memang tak bole join la yer. Takpe, main pingpong, bowling pun still bole berpeluh jugak.
Memang jika sudah lama tidak olah raga badan biasanya terasa sakit
harus diiringi oleh pemanasan sebelum berolah raga bro
salam
Hoho kalau dah lama tak bersukan memang jadi lenguh-lenguh nanti. Lepas ni bro kena bersukan la
Dah lama aku tak main futsal, bukannya reti sangat..
kat tmpt keje aku ada gelanggang futsal. so sekali seminggu ada la kitorang turun maen futsal. time tu je la nak exercise pun.
Seronok je kalau ada geng futsal dekat-dekat ni. Ofis aku ramai yang dah veteran-veteran. Susah sikit nak dapat kaki. Haha
Dah lama tak main futsal, hampir setahun sejak lutut terkehel gara-gara futsal…rehat lama sangat dan sayang kasut elok lagi. Nampaknya nak kena main semula
Syukur juga masih boleh bermain..
Biasalah tu.. saya pun dah lama tak main futsal.. ntah boleh ntah tidak tendang bola
bila dah lama tak bersukan..itulah jadinya..saya juga lama tak bersukan
ambe jrang sangat main futsal…lama dah tak sntuh bola futsal ni.entah kalau main, mau demam terus…haha
Kalau lama tak main memang sakit-sakit badan tu. Kena panaskan badan baru boleh main. Kalau tak memang sakit badan la bangun pagi.
bagus tu kurang-kurang ada usaha untuk melongarkan otot-otot badan…kena banyak praktis lagi tu..