Utama Apple Ini foto yang memperlihatkan Kotak iPhone 13 tanpa plastik pembalut

Ini foto yang memperlihatkan Kotak iPhone 13 tanpa plastik pembalut

2017
0

Apple sebelum ini telah dilapor akan memperkenalkan rekaan baharu kotak pembungkusan iPhone 13 tanpa plastik pembalut. Bagaimanapun, tidak dinyatakan kaedah yang akan digunakan bagi tujuan tersebut.

Baru-baru ini terdapat foto yang telah dikongsikan oleh pentiris maklumat Apple, DuanRui menerusi Twitter.

Foto berkenaan menunjukkan kertas pelekat diletakkan pada bahagian hujung kotak hingga ke bawah dengan jalur koyakan untuk membukanya. Ia bertujuan bagi mengelakkan dari penutupnya terbuka sehinggalah kertas pelekat berkenaan dikoyakkan.

Ia juga berperanan sebagai petunjuk jika kotak berkenaan telah dibuka dan boleh memberikan kesan terhadap barangan di dalamnya. Untuk itu, pengguna kelak boleh mengambil maklum sama ada baranga tersebut betul-betul baharu atau yang terpakai.

Tinggalkan komentar