Wakil dari Malaysia untuk Kejohanan Dota 2 International 2016, Team Fnatic berjaya meraih tempat keempat dan membawa pulang $1.4 juta (bersamaan lebih kurang RM 5.6 juta). Hadiah wang tunai terkumpul untuk pertandingan sukan elektronik ini merupakan yang terbesar pernah ditawarkan – dengan jumlah keseluruhan mencecah $20,727,779 (RM83,315,307) untuk dimenangi.
Pasukan dari Malaysia ini terdiri dari Chai Yee Fung (Mushi), Yeik Zheng Nai (MidOne), Khoo Chong Xin (Ohaiyo) dan Adam Erwann Shah (343) serta seorang berasal dari Filipina, Djardel Jicko Mampusti (DJ).
Pihak pentadbir page Facebook kapten mereka, Mushi menyatakan di dalam satu post Facebook; “Fnatic ended their journey 4th place in The International 6. They did their best, I’m proud of them. GGWP FNATIC!!!”
Mereka berjaya menumpaskan pasukan dari Korea Selatan, MVP Phoenix dalam Pusingan Keempat. Namun, tumpas kepada wakil dari Amerika Syarikat, Digital Chaos pada peringkat separuh akhir.
Juara bagi Kejohanan Dota 2 International 2016 ini dimenangi oleh Wings Gaming dari China yang berjaya menewaskan Digital Chaos pada final yang berlangsung di Seattle, Amerika Syarikat.
Sumber berita diperoleh dari NST













