Sambung cerita tentang sambungan VPN semalam, kali ini kita teruskan lagi dengan fasa-fasa yang terlibat dalam pemasangan VPN. Secara asasnya, pemasangan VPN melibatkan tiga fasa, iaitu;
Authentication (Pengsahihan): Dalam fasa ini, paket-paket data akan dikapsulkan terlebih dahulu dengan cara ‘dibalutkan’ di dalam paket lain termasuk sebahagian header dan lain-lain turut dikepilkan bersama. Ini bertujuan melindungi identiti paket-paket data berkenaan. Kemudian, peranti pengguna akan memulakan komunikasi dengan menghantar pertanyaan ‘Hello’ ke pelayan VPN. Seterusnya, pelayan sambungan VPN akan menjawab dan membuat pengecaman dengan meminta wasikah (credential menurut terjemahan DBP) pengguna untuk mengesahkan ‘ketulenan’ pengguna.
Tunneling (Penterowongan): Selepas fasa pengsahihan selesai, sebuah ‘terowong’ diwujudkan bagi membolehkan sambungan poin ke poin dilakukan menerusi internet. Apa sahaja jenis data dapat dihantar dan diterima melalui ‘terowong’ berkenaan.
Encryption (Enkripsi): Sebaik sahaja ‘terowong’ berkenaan siap ‘dibina’, kita boleh menghantar dan menerima apa sahaja jenis maklumat yang kita inginkan. Namun, maklumat berkenaan masih lagi belum selamat terutama sekali bagi yang menggunakan perkhidmatan sambungan VPN percuma. Ia masih lagi boleh dipintas oleh pihak-pihak lain. Justeru itu, kita perlu melakukan enkripsi pada paket-paket data tersebut sebelum menghantarnya bagi mengekalkan tahap kerahsiaannya.
Secara ringkas melalui contoh, misalnya anda ingin mengakses ke laman web, peranti anda akan menghantar permohonan akses ke pelayan VPN yang mana seterusnya akan membawa permohonan berkenaan ke laman web yang anda ingin kunjungi.
Data berkenaan akan dihantar kembali kepada anda. Laman web berkenaan akan menganggap pelayan VPN tersebut adalah pengunjungnya dan tidak akan tahu-menahu langsung tentang peranti yang anda gunakan untuk mengaksesnya.











ohh ada sambungan, thanks for sharing
Kakak cuba membaca berkali-kali tapi bab IT ni kakak memang fail
Kalau anak-anak kakak suka baca articles macam ini.
Haha. Biasa la tu kak, anak-anak zaman sekarang ni memang cepat dapat bab-bab IT ni. Saya ni pun agak merangkak jugak la kalau nak fahamnya tu.
nice share.. saya tak paham pun apa apa pasal vpn ni tapi dulu masa pakai wifi uni selalu je guna sbb nk unblock torrent.. hahaha..
btw, dah lama x singgah sini..