Facebook hari ini melancarkan aplikasi pembantu peribadi digital mereka sendiri melalui aplikasi Facebook Messenger yang dikenali sebagai M. Menurut Naib Presiden Facebook, David Marcus, M merupakan pembantu peribadi digital yang terbina di dalam aplikasi Messenger yang melakukan tugasan dan mencari maklumat bagi pihak anda.
Selain itu, aplikasi ini turut didakwa mampu melakukan tugasan-tugasan penting lain yang tidak ditawarkan pada pembantu peribadi digital lain seperti membeli produk, menghantar hadiah kepada insan yang tersayang, menempah restoran, menguruskan penerbangan, mesyuarat dan banyak lagi.
Pembantu peribadi digital ini dikuasakan oleh kepintaran buatan (artificial intelligence, A.I.) yang telah dilatih dan dipantau oleh pakar-pakar di Facebook.
Usaha terbaru Facebook ini meletakkannya sebagai salah satu pencabar bagi aplikasi pembantu peribadi digital seperti Microsoft Cortana, Apple Siri dan Google Now. Menurut Wired, ratusan pengguna Facebook di sekitar San Francisco telah dijemput untuk melakukan uji lari kali pertama aplikasi M.
Pembantu peribadi digital M dijangka bakal menerima respon yang baik dari para pengguna Facebook untuk satu jangka tempoh yang sedikit panjang memandangkan ia bakal bersaing sengit dengan firma gergasi lain seperti Apple, Google dan Microsoft.
Namun, Facebook mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam persaingan ini memandangkan faktor jumlah pengguna media sosial ini yang amat besar sehingga mencecah 3 billion di seluruh dunia.
-Sumber berita diperoleh dari FB David Marcus














cool, tapi… mesti ada pro dan contra nya kan? hehehe