Ketua Pegawai Eksekutif Liga Perdana Inggeris (EPL), Richard Masters telah mendedahkan rancangannya untuk melancarkan perkhidmatan penstriman digital dalam talian sendiri. Menggunakan pendekatan mirip dengan langganan Netflix, saluran dari EPL sendiri ini disasarkan bakal menawaran siaran langsung perlawanan dan kandungan-kandungan berkaitan secara terus kepada penonton-penonton di luar United Kingdom.

Encik Richard Masters turut menyatakan EPL sebelum ini pernah mempertimbangkan untuk melancarkan perkhidmatan “Premflix” di sesetengah negara ketika proses bidaan siaran TV musim 2019-2022. Bagaimanapun, pihak liga telah menarik semula keputusan berkenaan kerana berpendapat masanya masih belum sesuai untuk dilancarkan. Ketua Pegawai Eksekutif berkenaan turut menambah pertimbangan ini bakal dibincangkan semula untuk musim 2022 – 2025 nanti.

“We were ready last time and we will be ready next time should the opportunity arise. I’m not saying it will happen in the next cycle or when it will happen, but eventually the Premier League will move to a mix of direct consumer and media rights sales. It is impossible to say when that will be.” -Richard Masters

EPL menjana lebih dari EUR 3 billion setahun dari siaran televisyen yang dipancarkan di 188 buah negara. Untuk Malaysia, hak penyiaran eksklusif EPL dipegang oleh Astro Holdings Berhad. Langkah ke arah perkhidmatan penstriman digital oleh Liga Perdana Inggeris ini dijangka bakal mengubah cara peminat bola sepak di seluruh dunia menonton perlawanan.

Sumber berita diperoleh dari The Guardian

Tinggalkan komentar