LAS VEGAS, Nevada Amerika Syarikat, 17 Mei 2023 – Epicor, peneraju global bagi perisian perusahaan khusus industri yang memacu pertumbuhan perniagaan, hari ini akan menzahirkan visinya pada persidangan pengguna tahunan Insights 2023 untuk Rantaian Bekalan Data yang bersambung.
Ia bertujuan membantu para Pembuat (Makers), Penghantar (Movers) dan Penjual (Sellers) bertindak dengan cerapan penting bagi mengukuhkan dan mengoptimumkan operasi mereka, serta bekerjasama lebih rapat dengan rakan kongsi dan ekosistem industri untuk rantaian bekalan yang dinamik dan responsif.
“Untuk berjaya dalam pasaran hari ini, Pembuat, Penghantar dan Penjual perlu membuat keputusan berpandukan data dengan lebih pantas dan tepat. Apa yang penting ialah cerapan yang betul, di tempat yang betul, pada masa yang betul,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Epicor Steve Murphy.

“Epicor menyampaikan asas digital untuk memberikan kelebihan kepada pelanggan kami dari segi cerapan, disokong oleh kepakaran industri kami yang mendalam, analitik data yang berkuasa dan keupayaan AI terkini yang akan membantu merintis jalan ke arah rantaian bekalan global yang lebih berdaya tahan dan boleh diramal.”

Para pemimpin perniagaan tahu bahawa cerapan operasi merupakan kunci penting bagi merealisasikan nilai perniagaan. Bagaimanapun, langkah bagi mendapatkan cerapan tersebut – sama ada dalam perusahaan atau merentasi rantaian bekalan mereka sendiri – adalah satu cabaran besar. Hakikatnya, ramai peniaga yang bergelut dengan pengurusan jumlah data yang besar, kewujudan ‘silo’ data dalam seluruh organisasi mereka, serta proses yang tiada kesinambungan dan kekurangan ketelusan data dengan rakan kongsi perdagangan dan pembekal.
Malah, menurut hasil tinjauan Laporan Epicor Industry Insights yang terbaru, hampir 70 peratus perusahaan bergantung pada pembekal ERP mereka sebagai rakan kongsi berkepakaran dan sumber mereka dalam membantu menangani pelbagai keperluan pengurusan dan integrasi data. Selain itu, lebih 80 peratus responden menunjukkan minat untuk meneroka dan melabur dalam teknologi terkini untuk membantu mengoptimumkan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Menerusi pelbagai platform terkemuka Awan Industri ERP Epicor yang berlandaskan risikan perniagaan kontekstual, Epicor berkedudukan untuk membantu organisasi terlibat dalam pembuatan, pengedaran, peruncitan, bekalan bangunan dan industri automasi menerapkan strategi berpandukan data bagi tujuan integrasi sumber data dalaman dan luaran, serta mentafsir isyarat dan penunjuk dalam perniagaan mereka serta merentasi rantaian bekalan. Dengan ini, mereka dapat memperoleh cerapan yang praktikal untuk mengoptimumkan dan mengautomasikan aliran perniagaan serta memacu masa-ke-nilai (TTV).
Pada persidangan Insights 2023, peserta berpeluang menyaksikan demonstrasi beberapa kes kegunaan yang memaparkan pendekatan Rantaian Bekalan Data syarikat berkenaan, termasuk:
- Grow, sebuah Platform Data Epicor – Epicor Grow adalah teras kepada Rantaian Bekalan Data yang bersambung. Ia merupakan platform BI Epicor yang bercirikan tindanan penuh (full-stack), tanpa kod / kod rendah yang menggabungkan integrasi data, pergudangan dan visualisasi sebagai satu penyelesaian yang mudah digunakan. Ini membolehkan pengguna merentasi pelbagai perniagaan membina visualisasi yang diperlukan dengan cepat untuk membuat keputusan yang pantas dan bijak, berdasarkan data daripada platform Epicor dan beribu-ribu sumber data dan aplikasi luaran.
- Analitik Ramalan yang Dikuasakan oleh ChatGPT – Menerusi kerjasama dengan OpenAI, Epicor menggabungkan kelebihan ChatGPT dengan kepakaran industrinya untuk menyampaikan analitik ramalan dan cadangan kontekstual melalui Epicor Virtual Agent (EVA) yang intuitif. Pengguna Epicor boleh menjimatkan masa menganalisis maklumat merentasi kedua-dua sumber data dalaman dan luaran dengan hanya bertanya kepada EVA untuk mendapat jawapan yang diperlukan bagi membuat keputusan secara bijak dan pantas.
- Integrasi Pembekal Merentasi Ekosistem Industri – Melalui integrasi sumber data dalaman dan luaran menerusi Epicor Prophet 21 dan Grow, syarikat-syarikat dapat memperoleh cerapan penting merentasi rantaian bekalan mereka, seperti akses kepada inventori dan data harga pada waktu sebenar (real-time) dalam satu komuniti pembekal, serta skor prestasi pembekal yang dijana secara automatik untuk membantu memilih vendor terbaik bagi memenuhi keperluan kualiti, penghantaran dan masa.
- Automasi dan Pengalaman Berpandukan Tenaga Kerja – Epicor menyatukan kesemua rantaian nilai Pembuatan, Penghantaran dan Jualan dengan mempamerkan bagaimana teknologinya dapat membantu mengoptimumkan dan meningkatkan pengalaman pekerja menerusi automasi dan cadangan pintar, daripada konfigurasi bahagian pelanggan dan pesanan, arahan kerja digital di bahagian pengeluaran, penghantaran dan perkhidmatan lapangan.
“Kita berada di dalam era di mana pengkomputeran awan, risikan perniagaan dan AI boleh digunakan pada skala yang disesuaikan untuk mengubah cara menyelesaikan cabaran-cabaran terbesar yang kita hadapi ,” kata Ketua Pegawai Produk Epicor, Vaibhav Vohra. “Kami memperkasakan tenaga kerja pelanggan kami – dari pengurusan atasan sehinggalah bahagian pengeluaran – untuk memanfaatkan segala potensi inovatif dalam pelaksanaan aliran kerja dan menjalin kerjasama merentasi industri-industri utama.”
Epicor Insights 2023 di Las Vegas menyatukan lebih 3,000 pelanggan, rakan kongsi dan pempengaruh untuk sama-sama belajar dan meneroka potensi penggunaan penyelesaian Epicor bagi mewujudkan dunia perniagaan yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.epicor.com.













