Huawei dijangka akan melancarkan Enjoy 9S, Enjoy 9e dan MediaPad M5 Lite versi 2019 pada 25 Mac 2019 nanti.
Tiga peranti berklasifikasi mampu milik akan dilancarkan oleh Huawei pada 25 Mac 2019 nanti. Maklumat ini disampaikan melalui akaun rasmi Weibo Huawei dan turut berkongsikan poster acah bagi ketiga-tiga peranti tersebut – Enjoy 9S, Enjoy 9e dan MediaPad M5 Lite (2019).
Enjoy 9S
Enjoy 9S hadir dengan tetapan tri-kamera dua daripadanya adalah 24-Megapixel penderia biasa dan 16-Megapixel penderia ultra-lebar. Ketiga-tiga kamera berkenaan dilihat ditempatkan mengikut susunan menegak. Melalui poster berkenaan turut didedahkan Enjoy 9S menempatkan pengimbas cap jari pada bahagian belakangnya, menggunakan EMUI 9.0, mempunyai storan sehingga 128GB dan memiliki ciri kecerdasan buatan.
Enjoy 9e
Model yang disasarkan sebagai peranti mampu milik, telefon pintar ini menawarkan sebuah kamera 13MP pada bahagian belakangnya. Tiada pengimbas cap jari kelihatan pada bahagian belakangnya dan berkemungkinan ianya disediakan pada bahagian hadapannya. Poster berkenaan turut mendedahkan telefon pintar keluaran terbaru Huawei ini mempunyai Radio FM, teknologi Huawei SuperSound dan storan 64GB.
MediaPad M5 Lite (2019)
Akhir sekali, MediaPad M5 Lite versi 2019 ini menampilkan rekaan luaran yang sedikit kecil berbanding modelnya yang terdahulu. Melalui poster tersebut, MediaPad M5 Lite didapati tidak menyediakan fungsi imbasan cap jari pada bahagian hadapannya seperti model 10-inci yang dilancarkan tahun lepas. Bagaimanapun, untuk model tahun ini, cipset Kirin 659 telah digantikan dengan Kirin 710 yang lebih baru dan lebih tinggi kuasanya. Tablet terbaru keluaran Huawei ini nanti turut memuatkan bateri berkapasiti 5,100mAh bersama-sama audio Huawei Histen 3D.
Ketiga-tiga peranti ini bakal diumumkan pada 25 Mac 2019 ini.













