EA Sports melalui laporan tahunan kewangannya telah mengesahkan FIFA 21 akan dilancarkan pada tahun ini juga. Sebelum ini terdapat pelbagai desas desus mengenai siri terbaru permainan bola sepak komputer ini termasuk penundaannya.
Berdasarkan laporan kewangan semasa EA Sports, turut dinyatakan impak dari wabak COVID-19, kemaskini pelancaran permainan serta unjuran sepanjang tahun ini. Laporan tersebut juga mengesahkan EA akan melancarkan FIFA 21 dalam tahun 2020.
Dijangkakan FIFA 21 akan dilancarkan sekitar penghujung suku tahunan ketiga 2020. Sebagai perbandingan, tahun lalu EA telah melancarkan FIFA 20 pada 24 September 2019.
Setakat 31 Mac 2020, FIFA 20 telah menyenaraikan sejumlah 25 juta pemain-pemain unik di dalam permainan komputer berkenaan.