Oktober tahun lalu, EA dan Steam telah mencapai persetujuan yang membolehkan pengguna Steam melanggan EA Access. Persetujuan ini turut membolehkan lebih banyak judul permainan komputer EA boleh didapati menerusi Steam.

EA Access secara asasnya masih lagi tidak banyak berubah sungguhpun menerima lebih banyak promosi di Steam. Pengguna masih lagi perlu melanggan bagi mendapatkan perkhidmatan yang sama ditawarkan menerusi Origin Access Basic.

Tiada tarikh pelaksanaannya diumumkan setakat ini. Namun, mengambil kira perkembangan terkini, masanya mungkin sudah hampir tiba.

Buat masa ini, antara permainan-permainan komputer EA yang ditambah ke dalam Steam adalah Dragon Age 2, Dragon Age Inquistion, Need for Speed Heat, Burnout Paradise Remastered, Mirror’s Edge Catalyst dan Crysis 3. Ada sesetengah permainan tersebut menerima potongan diskaun antara 50% – 75% hingga 9 Julai ini.

Judul-judul permainan yang lebih besar seperti Apex Legends dan Battlefield V bagaimanapun masih lagi hanya didapati di platform EA Origin.

Tinggalkan komentar