Sebahagian pengguna-pengguna Samsung S20 di Malaysia melaporkan perkhidmatan e-dompet Boost bakal diintegrasikan dengan Samsung Pay, menurut laporan dari portal RinggitPlus.

Imej pra-tonton usahasama yang bakal dilaksanakan ini mula dikesan oleh pengguna apabila mula membuat tetapan pada aplikasi Samsung Pay pada Samsung S20.

Bagaimanapun, imej berkenaan dilaporkan tidak lagi dipaparkan pada pengguna-pengguna yang terkemudian membuat tetapan pada aplikasi Samsung Pay.

Maklumat lanjut mengenai usahasama di antara perkhidmatan e-dompet yang dimiliki oleh Kumpulan Axiata ini dengan Samsung Pay masih lagi belum diketahui sepenuhnya setakat ini.

Sumber berita diperoleh dari RinggitPlus

Tinggalkan komentar