Pelanggan Air Selangor Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai SYABAS) kini boleh memilih untuk menerima bil air bulanan menerusi WhatsApp. Pelaksanaan langkah terbaru ini selaras dengan sasaran syarikat yang ingin mengembangkan perkhidmatannya secara digital bagi kemudahan pelanggan.
Perkhidmatan e-bil WhatsApp Air Selangor disediakan untuk pelanggan-pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pengguna turut dinasihatkan supaya memastikan nombor yang didaftarkan adalah tepat dan boleh menerima mesej dari platform permesejan WhatsApp.
Untuk mula menggunakan perkhidmatan ini, pengguna dikehendaki untuk mendaftar atau mengemaskini maklumat di laman web rasmi Air Selangor. Selain iu, perkhidmatan e-bil boleh didapati menerusi emel dan aplikasi rasminya di Gedung Google Play dan Apple App Store.
CEPAT. MUDAH. AKSES DIMANA SAHAJA.
Bil air anda kini boleh disemak melaui Whatsapp
Untuk mendaftar layari https://t.co/dpgyNfyfOD#jomEbil#AirSelangor pic.twitter.com/768sl55IcN
— Air Selangor (@air_selangor) April 7, 2020
Air Selangor buat masa ini sedang menggalakkan para pelanggannya untuk beralih dari bil kertas ke e-bil untuk lebih kemudahan dan juga tujuan pembayaran dalam talian yang lebih lancar.













