Utama Mobile Telco DNB akan kenakan caj kurang dari 20 sen bagi setiap GB rangkaian...

DNB akan kenakan caj kurang dari 20 sen bagi setiap GB rangkaian 5G kepada Telco

39
0

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz telah menjelaskan di Parlimen hari ini berkenaan rancangan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk mengenakan caj kurang dari 20 sen bagi setiap GB untuk akses ke rangkaian 5G kepada syarikat telekomunikasi.

Menurut beliau, harga ini adalah lebih rendah berbanding rangkaian 4G yang kini sekitar 45 hingga 55 sen bagi setiap gigabait.

Menteri berkenaan juga menyatakan pihaknya menjangkakan harga ini kelak akan disambut baik oleh syarikat telekomunikasi.

Bagaimanapun, dalam pada masa yang sama beliau turut menjelaskan harga muktamad masih lagi dibincangkan. Pengesahan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga diperlukan bagi memastikan harga yang ditawarkan adalah wajar.

Beliau turut menambah setiap syarikat telekomunikasi dijangka akan membayar sekitar RM3.5 billion hingga RM4 billion kepada DNB sepanjang tempoh 10 tahun. Kos ini juga dikatakan lebih murah berbanding RM1 billion setahun jika pengendali rangkaian membina rangkaian 5G sendiri, tambah beliau lagi.

DNB merupakan special purpose vehicle (SPV) yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membina infrastruktur rangkaian 5G Malaysia. Awal bulan ini, DNB mengumumkan pihaknya telah berjaya mengintegrasikan rangkaian 5G mereka dengan lima syarikat telekomunikasi utama negara.

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.