Berbolak-balik pemikiran gua mengenai di mana patutnya gua berbuka puasa pada setiap hari. Sama ada berbuka puasa di kedai makan, beli tapau di PARAM atau masak sendiri di rumah. Jikalau mengikut prinsip tepuk wallet tanya selera, pastinya gua akan memasak di rumah. PARAM yang paling establish dan paling hampir adalah di bandar Kluang. Kualiti makanan PARAM di pekan Paloh ini hampir sama sahaja dengan kualiti masakan gua.

Cuma, apabila gua masak sendiri di rumah gua akan berbuka puasa secara alone-alone tatkala rakan-rakan lain dah awal-awal mengajak gua join membeli-belah makanan di PARAM. Mustahil gua mampu masak benda sedap banyak-banyak untuk dijamu kepada rakan-rakan sebagai menu juadah berbuka puasa di rumah gua. Kok bisa masak telur goreng dan sardin aja, gi mana donk?

2 KOMEN

  1. pernah je kitorang sharing bro, kitorang sharing karipap seketul kongsi 2 orang sebab lupa nak tekan api masa masak nasik pakai periuk karen. pilu sungguh perasaan berbuka dikala itu.

Tinggalkan komentar