Nampaknya sekarang ni Digi juga membuka pra-tempahan untuk Huawei Mate 10. Pendaftaran kontrak bersama-sama telco berwarna korporat kuning akan membolehkan pengguna mendapatkan telefon pintar flagship terbaru dari Huawei ini dengan hanya RM999.
Pengurangan sebanyak 63 peratus berbanding harga jualannya iaitu RM2,699. Sebagaimana pra-tempahan melalui Huawei dan juga telco-telco lain, Digi turut menawarkan cenderahati bernilai RM999 bagi mana-mana pembeli yang melakukannya.
Digi menawarkan Huawei Mate 10 melalui pelan Pascabayar Digi 78/108/138 yang menyediakan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan had penggunaan data maksimum sehingga 24GB.
| Digi Huawei Mate 10 | Digi Postpaid 78 | Digi Postpaid 108 | Digi Postpaid 138 |
| Komitmen Bulanan | RM78 | RM108 | RM138 |
| Data (hari biasa + hujung minggu) | 6GB + 6GB | 9GB + 9GB | 12GB + 12GB |
|
Panggilan Percuma |
Tanpa Had ke Semua rangkaian |
||
| SMS Percuma | 200 SMS | 400 SMS | 1000 SMS |
| Kadar SMS |
10 sen/SMS |
||
| Harga Huawei Mate 10 | RM1,919 | RM1,639 | RM999 |
Pakej Huawei Mate 10 Digi ini memerlukan pengguna untuk mengikat kontrak selama 24-bulan. Tempahan yang dibuat pada hari ini akan mula dihantar bermula dari 30 Oktober 2017 kelak.
Layari laman rasmi Digi untuk maklumat lanjut.













