
Tag bekerjasama dengan jenama terkemuka untuk mengubah keupayaan perniagaan dan pemasaran mereka untuk menyampaikan kandungan dengan pantas dan berskala besar di seluruh saluran, budaya dan wilayah. Dengan penyelesaian yang pintar, lestari dan dipacu teknologi sebagai teras kepada semua perkara yang dilakukannya, Tag membolehkan jenama beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan untuk menonjol, berkembang dan mengurangkan pembaziran. Organisasi ini akan menjadi jenama rangkaian keenam dentsu dan akan mengekalkan jenama Tag sepanjang masa hadapan.
Pengambilalihan ini akan meningkatkan keupayaan pengeluaran digital kreatif dentsu dengan ketara, menambah 2,800 orang rakan sekerja yang berada di 29 buah negara di seluruh dunia, merangkumi sebuah hab pengeluaran global dan sepuluh buah hab pakar. Portfolio perkhidmatan sedia ada Tag distrukturkan kepada tiga disiplin teras: Pengeluaran Kreatif (termasuk Video Digital, CGI canggih, imej bergerak, AR / VR dan Pasca Penerbitan), Teknologi (memberi tumpuan kepada reka bentuk UX, pembangunan laman web & platform, Perkhidmatan Terurus dan Interaksi Digital (Di)) serta Pengaktifan Saluran (yang terdiri daripada nasihat strategik dan penyampaian kandungan saluran omni).
Tag menggunakan model penyampaian global yang kukuh untuk memberikan penyelesaian yang boleh diskala dan liputan sepanjang masa kepada para pelanggan. Model ini amat mencerminkan struktur Bakat Berangkaian dentsu sendiri di mana pelanggan mendapat kepakaran terbaik, terangkai dari mana sahaja ia berada, disampaikan secara konsisten dan mencapai tahap kualiti tertinggi yang tersedia di dentsu. Gabungan teknologi dan manusia inilah yang melangkaui lokasi dan mengoptimumkan penyampaian untuk pelanggan.
Ditubuhkan pada tahun 1972, Tag telah diambil alih oleh Advent International pada tahun 2017 dan telah berkembang dengan pesat susulan menerima lebih €100 juta pelaburan dan kejayaan melakukan enam pengambilalihan untuk meningkatkan lagi keupayaan perniagaannya. Model hab teragih Tag membolehkannya menjadi rakan kongsi pengeluaran pilihan yang sentiasa beroperasi dan serba lengkap untuk 38 daripada 100 jenama yang terkemuka di dunia, dengan purata tempoh perkhidmatan pelanggan melebihi tujuh tahun. Asas utama kejayaan ini datang daripada Digital Interact (Di), sebuah platform teknologi pemasaran bersepadu yang membantu pemasar menguruskan kempen, mengakses, mengautomasi dan mengoptimumkan kandungan dengan lebih baik serta memanfaatkan rangkaian pengeluaran, penyumberan dan transkreasi kreatif global Tag dengan lancar.
Hiroshi Igarashi, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Dentsu Group Inc. berkata, “Tag benar-benar akan membolehkan kami meningkatkan perniagaan CT&T kami untuk pelanggan global dengan penyelesaian yang dipacu teknologi. Dengan menggunakan pemperibadian secara besar-besaran pada ketiga-tiga barisan perkhidmatan, kami akan mewujudkan tawaran kreativiti mendatar yang terbaik. Nilai-nilai yang telah diwujudkan dan dipupuk oleh pasukan kepimpinan Tag sejak 50 tahun yang lalu sangat mencerminkan budaya dan nilai dentsu itu sendiri, dengan fokus bersama terhadap Tujuan Sosial, DEI dan kelestarian. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan Tag ke dalam keluarga dentsu dan meraikan kejayaan kami bersama.”
David Kassler, Ketua Pegawai Eksekutif Global Tag berkata, “Kami tidak sabar untuk memulakan fasa perjalanan kami yang seterusnya dan berasa amat gembira dapat menyertai keluarga dentsu. Pasaran ini bergerak dengan sangat pantas ke arah perkhidmatan bersepadu – gabungan penerbitan kandungan didayakan teknologi global Tag dengan kemahiran pemasaran, teknologi dan perundingan dentsu yang lebih luas akan menjadi tambahan yang sangat menarik untuk kedua-dua kumpulan pelanggan kami yang hebat.”
Peluang Untuk Pelanggan
Gabungan hebat penyampaian kandungan global dan pemperibadian pada skala besar:
Pengambilalihan Tag ini akan meningkatkan tawaran kandungan dentsu secara signifikan supaya ia boleh memberikan perkhidmatan kepada jenama global merentasi keseluruhan perjalanan pelanggan dengan cara yang paling cekap. Oleh kerana laman sesawang menjadi sesuatu yang semakin mengasyikkan dan kemunculan Web3 mewujudkan satu ketidakcukupan untuk kandungan silang skrin yang lebih kaya dan diperibadikan, dentsu dan Tag akan bersama-sama menyediakan enjin moden yang sempurna untuk penciptaan, pengedaran dan pemperibadian kandungan.
Struktur Syarikat
Tag ini akan kekal sebagai jenama yang tersendiri buat dentsu dan akan terus diketuai oleh David Kassler, Ketua Pegawai Eksekutif Global Tag dan akan kekal beribu pejabat di London, UK.
Ringkasan Terma Urus Niaga
Urus niaga ini telah diluluskan oleh lembaga pengarah kedua-dua syarikat dan dijangka akan ditutup kemudian pada tahun 2023, tertakluk kepada penerimaan kelulusan antipakatan yang diperlukan dan syarat penutupan yang lazim. Lazard bertindak sebagai penasihat kewangan kepada dentsu berhubung dengan urus niaga ini.
Dentsu menjangkakan pengambilalihan ini akan memberikan beberapa manfaat kewangan, termasuk pemecutan pertumbuhan hasil organik, peningkatan profil hasil CT&T dan pertambahan kepada pendapatan sesaham. Apabila selesai, Tag akan mewakili kira-kira 3% daripada hasil dentsu dan menambah aliran hasil kontrak jangka panjang.
Tentang dentsu
Dentsu ialah rangkaian yang direka untuk melakukan perkara seterusnya, membantu para pelanggan meramal dan merancang peluang masa depan terbaharu dan mewujudkan laluan baharu untuk berkembang dalam ekonomi lestari. Dengan mengambil pendekatan berpusatkan manusia terhadap transformasi perniagaan, kami menggunakan cerapan untuk menghubungkan jenama, kandungan, perdagangan dan pengalaman yang disokong oleh kreativiti moden. Sebagai sebahagian daripada Dentsu Group Inc. (Tokyo: 4324; ISIN: JP351520004), kami beribu pejabat di Tokyo, Jepun dengan pangkalan pekerja profesional kami yang berdedikasi seramai 69,000 orang yang berada di empat wilayah (Jepun, Amerika, EMEA dan APAC). Dentsu menggabungkan inovasi Jepun dengan perspektif global yang pelbagai untuk memacu pertumbuhan pelanggan dan membentuk masyarakat.
Laman web dentsu:https://www.dentsu.com/
Laman web Dentsu Group Inc.:https://www.group.dentsu.com/en/
Tentang Tag
Tag bekerjasama dengan jenama-jenama untuk mencipta dan menyampaikan kandungan yang memberi impak dengan pantas dan berskala besar. Daripada penerbitan dan pengaktifan kreatif hingga penyumberan dan penyampaian strategik, analisis serta kepakaran bidang subjek, kami mengatasi titik sentuh digital dan fizikal untuk membolehkan kandungan dan konsep jenama tersebar di seluruh dunia dan berhubung di peringkat tempatan melalui penyelesaian yang fleksibel dan didayakan teknologi.
Tentang Advent International
Ditubuhkan pada tahun 1984, Advent International merupakan salah sebuah syarikat pelabur ekuiti swasta global yang paling besar dan paling berpengalaman. Firma ini telah melabur dalam lebih 400 pelaburan ekuiti swasta di 41 buah negara dan pada 30 September 2022, ia mempunyai aset di bawah pengurusan bernilai $89 bilion. Dengan 14 buah pejabat di 12 buah negara, Advent telah menubuhkan sebuah pasukan bersepadu di peringkat global yang terdiri daripada lebih 285 orang profesional pelaburan ekuiti swasta di seluruh Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Asia. Firma ini memberi tumpuan kepada pelaburan dalam lima sektor teras yang merangkumi perkhidmatan perniagaan dan kewangan; penjagaan kesihatan; perindustrian; peruncitan, pengguna dan percutian; dan teknologi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.adventinternational.com.
Penafian
Lazard & Co., Limited (“Lazard”), yang diberi kuasa dan dikawal selia di United Kingdom oleh Pihak Berkuasa Perlakuan Kewangan, bertindak secara eksklusif sebagai penasihat kewangan kepada dentsu dan tidak ada orang lain yang terlibat dengan urus niaga ini dan tidak akan bertanggungjawab kepada sesiapa pun selain dentsu untuk menyediakan perlindungan kepada pelanggan Lazard, dan tidak memberikan nasihat berhubung dengan urus niaga ini atau apa-apa perkara lain yang dirujuk dalam pengumuman ini. Lazard atau mana-mana ahli gabungannya tidak berhutang atau menerima sebarang kewajipan, liabiliti atau tanggungjawab (sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada dalam kontrak, dalam tort, di bawah statut atau sebaliknya) kepada mana-mana individu bukan pelanggan Lazard yang berhubung dengan pengumuman ini, sebarang pernyataan yang terkandung di sini atau sebaliknya.
Logo: https://mma.prnewswire.com/media/2017979/dentsu_logo.jpg














