Sebelum bermulanya Ramadhan lagi, rumah jiran sebelah rumah aku ni ada buat renovation. Bila ada renovation ni, macam biasalah, habuk dan debu dari kerja-kerja renovation akan muncul. Seterusnya akan memberi kesan kepada rumah-rumah jiran tetangga.
Perkara ini tidak mendatangkan sebarang masalah bagi orang normal. Tetapi bagi orang yang mengalami masalah alahan seperti aku, pastinya ia akan memeritkan. Ia perit secara literalnya oleh kerana tekak aku memang benar-benar perit akibat debu-debu yang memasuki ke rongga pernafasanku.
Akibatnya, sepanjang bulan puasa ini aku lebih kerap mengemaskan rumah untuk mengelakkan habuk dan debu-debu terkumpul selain dari mencegah simptom-simptom alahan aku menjadi lebih kronik. Tambahan pula, udara di luar juga semakin tercemar oleh kerana bencana jerebu yang menyelubungi untuk dua-tiga bulan kebelakangan ini.
Berdasarkan faktor kesihatan semasa aku yang sangat alah terhadap habuk dan debu ini, aku rasa adalah lebih molek jika aku melupakan terus niat untuk membuat kerja part-time pendawaian elektrik di rumah yang tentunya melibatkan habuk dan debu.
Itupun kalau aku tak desperate sangat nak cari wang lah kan.

2 KOMEN

Tinggalkan komentar