Google Data Transfer Tool, alatan yang biasa digunakan untuk menyalin data dari Android ke iOS atau sebaliknya, kini sedang merancang untuk menawarkan kaedah menyalin fail WhatsApp dari iPhone anda.
Salah satu maslaah terbesar WhatsApp adalah anda hanya boleh mengakses ke mesej anda pada satu telefon pintar sahaja dalam satu-satu masa.
Sungguhpun melalui beta berbilang-peranti yang diperkenalkan, had penggunaan satu telefon pintar sahaja masih lagi digunapakai. Ini bermakna, tidak ada cara mudah untuk memindahkan fail anda dari satu peranti ke peranti lain jika kedua-duanya OS jenis yang berlainan.
Android dalam masa yang sama mempunyai aplikasi pemindahan data antara peranti terbina dalam iaitu Data Restore Tool. Ia sering digunakan ketika wizard tetapan awal Android untuk menyalin foto, aplikasi dan fail dari telefon pintar lama ke telefon pintar baharu termasuk dari iPhone.
Melalui kemaskini terbarunya, Data Restore Tool versi 1.0.382048734 akan menyertakan pilihan untuk menyalin fail WhatsApp dari iPhone ke telefon Android. Anda boleh memindahkannya dengan mengimbas kod QR pada peranti Android berkenaan dengan menggunakan iPhone.
WhatsApp is developing a feature to migrate your chats between different platforms.
This video shows how chats are migrated from iOS. It’s needed a cable: are new tools for PC coming or what?It’ll be available for beta testers in a future update. Follow @WABetaInfo for more 💚 pic.twitter.com/Bu6xGxkpWE
— WABetaInfo (@WABetaInfo) July 2, 2021
Kaedah ini boleh juga digunakan secara manual pada iPhone anda dengan tetapan berikut:
Settings > Chats > Move Chats to Android
Fungsi ini bagaimanapun masih lagi belum dibuka pada Data Restore Tool sehinggalah WhatsApp melancarkan tetapan migrasi baharunya.













