Aplikasi permesejan paling popular di Malaysia, WhatsApp telah mengumumkan akan mula memasukkan ciri Mod Gelap (Dark Mode) tidak beberapa lama lagi. Pihak pembangun turut menyatakan mod terbaru ini bakal menemui pengguna Android 10 dan juga iOS 13.
Mod Gelap menyediakan fungsi menggantikan pilihan warna tema latar belakang aplikasi ini dari warna terang kepada warna tema gelap. Ia bertujuan membantu pengguna mengurangkan keletihan mata ketika menggunakan WhatsApp dalam keadaan kurang pencahayaan.
Bagi memudahkan lagi mata pengguna ketika menggunakan WhatsApp, para pembangun aplikasi ini juga telah memilih warna khusus yang hampir denganĀ system default peranti sama ada Android atau iOS. Selain itu, elemen rekaan turut digubah sedikit bagi memastikan maklumat-maklumat penting dapat disampaikan dengan lebih baik ketika di dalam Mod Gelap WhatsApp.
Setakat ini, ciri Mod Gelap ini masih lagi belum hadir untuk pengguna-pengguna WhatsApp, baik Android mahupun iOS. Bagaimanapun, pengguna boleh mengaktifkannya apabila ianya tiba nanti melalui cara berikut: 
- Buka aplikasi WhatsApp
- Pergi ke Settings
- Pergi ke Chats
- Pergi ke Theme
- Seterusnya, pilih Dark













