Selain mempunyai akaun-akaun media sosial rasmi seperti di Facebook dan Twitter, sesetengah syarikat dan organisasi utama dunia turut berkomunikasi dengan penggunanya secara terus melalui WhatsApp. Justeru itu, CIMB turut memperkenalkan medium komunikasi terbarunya untuk memudahkan interaksi dengan penggunanya.
Melalui akaun rasmi WhatsApp CIMB, para pengguna boleh bertanyakan mengenai kadar semasa, memeriksa status permohonan dan juga mendapatkan lokasi bank-bank CIMB berhampiran. Fungsi-fungsi lain dijangka bakal ditambahkan kemudian dengan pada masa yang sama pihak CIMB sedia menerima sebarang cadangan penambahbaikan dari penggunanya.
CIMB juga turut memastikan seluruh perbincangan dengan pengguna-penggunanya melalui aplikasi permesejan berkenaan dilindungi dengan enkripsi hujung-ke-hujung. Pelaksanaan enkripsi ini mampu melindungi maklumat pengguna dari dipintas oleh pihak ketiga.
Bagi meraikan pelancaran akaun rasmi WhatsApp CIMB ini, pihak CIMB turut menawarkan voucher elektronik dari Lazada bernilai RM10 kepada para penggunanya.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi CIMB.













