Pentabiran Presiden Trump telah mengakibatkan urusan perniagaan Huawei menjadi bercelaru pada minggu lepas dengan meletakkannya di dalam “Entity List” Jabatan Perdagangan A.S. yang mengharamkan jualan produk Huawei di dalam A.S.

Kerajaan A.S. juga melarang Huawei dari mengimport teknologi yang dibuat di A.S yang merangkumi pembuatan cip dan perkakasan seperti Intel dan Qualcomm hingga ke perisian seperti Android dan Windows.

Beberapa syarikat antarabangsa juga telah memberhentikan urusan perniagaan dengan Huawei untuk sementara waktu termasuk pembuat cip, ARM yang rekaannya digunakan sebagai asas pembuatan cip untuk telefon pintar keluaran Huawei.

Perkembangan ini telah memaksa kerajaan China untuk bertindak balas dengan senarain pengharamannya sendiri. Jumaat baru-baru ini, kerajaan China akan memasukkan syarikat-syarikat yang tidak berlaku adil dengan syarikat China seperti Huawei. Setakat ini, nama-nama syarikat yang tersenarai di dalam pengharaman tersebut masih lagi belum diumumkan.

Tindak balas oleh kerajaan China ini bagaimanapun diragui boleh memberikan kesan terhadap syarikat-syarikat yang diharamkan oleh China.

Kebanyakan syarikat-syarikat yang mungkin disenaraikan seperti Intel dan Qualcomm saling memerlukan dengan syarikat pengeluar telefon pintar lain di China. Google pula, dalam satu sudut semenangnya sudah lama diharamkan untuk memasuki China sejak dari dulu lagi. Microsoft pula amat mustahil untuk disekat kerana China sendiri amat bergantung dengan perisian Windows. Apple pula tiada kena-mengena dengan pengharaman Huawei dan tambahan pula China memerlukan Apple sebagaimana Apple memerlukan China.

Pada masa yang sama, pihak Huawei cuba menghentikan kecelaruan ini dengan mencari titik persefahaman. Sekatan ini memberi kesan terhadap Huiawei terutamanya peniaga-peniaga kecilnya.

Sumber berita diperoleh dari Hong Kong FP

Tinggalkan komentar