Bagi anda yang sedang tercari-cari permainan komputer apakah yang sesuai untuk dimainkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, anda mungkin boleh mendapatkan Child of Light di Uplay. Permainan ini kini boleh diperolehi secara percuma sebelum 28 Mac 2020.
Mula diterbitkan pada tahun 2014, permainan ini menampilkan gaya kepermainan tatalan sisi (side-scroller) dan role-playing. Anda boleh mengawal dua watak secara serentak dan boleh juga mengubah antara kedua-dua atau watak-watak simpanan lain.
Child of Light sebelum ini telah diterbitkan di dalam pelbagai platform. Ianya juga diterbitkan untuk dua generasi PlayStation dan Xbox, selain boleh didapati di dalam platform mudah alih iaitu PlayStation Vita dan Nintendo Switch.
For everyone at home, we’re giving away Child of Light on PC 🎁 If you’re needing a release, we hope Aurora’s incredible journey can help ♥
— Ubisoft (@Ubisoft) March 26, 2020
Permainan ini menarik untuk dicuba kerana ianya berkonsepkan buku cerita kanak-kanak dan sesuai untuk dimainkan bersama seisi keluarga. Permainan asas ini ditawarkan secara percuma, namun untuk kandungan-untuk-dimuat-turun (DLC) judul permainan ini anda masih dikenakan bayaran.
Buat masa ini, pembelian DLC Child of Light akan menerima potongan harga sepanjang tempoh promosi ini.













