MySejahtera baru-baru ini telah menawarkan fungsi “check-out” untuk pengguna telefon Android menerusi kemaskini v1.0.45. Selain memperkenalkan fungsi baharu tersebut, kemaskini terbabit juga menyediakan UI baharu pada halaman “check-in”.

Fungsi baharu melalui kemaskini terkini MySejahtera ini sebelum ini telah pun ditawarkan pada pengguna iOS dan juga Huawei. Pengguna-pengguna Android menerima kemaskini terbabit tidak berapa lama selepas itu.

Dari segi rekaan dan kefungsian, fungsi “check-out” dan antaramuka “check-in” baharu ini adalah sama sahaja pada ketiga-tiga platform mudah alih tersebut.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, fungsi “check-out” ini juga akan dilakukan secara automatik apabila anda melakukan “check-in” di lokasi lain.

Dalam pada masa yang sama, kemaskini v1.0.45 ini turut menyertakan format kod QR baharu untuk sijil vaksin digital di dalam MySejahtera. Bagi anda yang menggunakan Android, anda boleh memuat turun kemaskini MySejahtera baharu menerusi Google Play Store.

Tinggalkan komentar