WhatsApp telah menerbitkan fungsi pemindahan chat dari iOS ke Android yang selama ini dinanti-nantikan oleh pengguna. Ia pertama kali telah diumumkan menerusi acara Samsung Galaxy Unpacked 2021.

Fungsi ini membolehkan anda memindahkan seluruh isi kandungan chat termasuk nota suara, foto, video yang telah dihantar kepada kenalan.

Buat masa ini, ia hanya boleh didapati pada telefon Samsung yang menggunakan Android 10 dan ke atas. Telefon-telefon Android pengeluar lain bagaimanapun akan diumumkan oleh WhatsApp dalam masa yang terdekat ini.

Dalam pada masa yang sama, WhatsApp turut berkongsikan kaedah pemindahan chat melalui fungsi tersebut di laman web rasminya.

Untuk memindahkan chat menggunakan fungsi ini, anda perlu menggunakan kabel USB-C bagi menghubungkan kedua-dua telefon. Kedua-dua telefon berkenaan juga perlu mempunyai nombor telefon yang sama.

Selain itu, telefon Samsung yang menjadi lokasi pemindahan tersebut juga yang baru dipakai, sama ada baru dibeli atau telah diformat (factory reset).

Proses pemindahan ini tidaklah selancar seperti yang kita gambarkan sebelum ini. Namun, WhatsApp menjanjikan segala proses tersebut dijamin selamat.

Tinggalkan komentar