CelcomDigi memperkenalkan pelan baharu dalam rangkaian Pascabayar 5G, iaitu Postpaid 5G 190. Pelan ini ditawarkan kepada pelanggan baharu dan sedia ada dengan harga langganan bulanan sebanyak RM190
Pelan in mensasarkan pengguna yang memerlukan sambungan data tanpa had serta manfaat gaya hidup digital tambahan. Ia dikategorikan sebagai pelan “Ultimate” oleh CelcomDigi dengan menawarkan akses internet 4G dan 5G tanpa had dengan kelajuan tanpa had (uncapped speed).
Selain itu, pelanggan turut menikmati akses hotspot tanpa had, membolehkan sambungan peranti berbilang tanpa bimbang akan kehabisan kuota.
Bagi pengguna yang mempunyai keluarga atau peranti tambahan, pelan ini menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk talian tambahan (supplementary lines) bagi pelan Postpaid 5G dan SE, terhad sehingga enam talian.
Salah satu kelebihan utama pelan 5G 190 berbanding pelan yang lebih rendah (seperti Postpaid 5G 160) adalah penawaran kandungan premium. Pelanggan pelan ini akan menerima akses percuma kepada Amazon Prime Video dan Viu Premium, yang masing-masing bernilai RM25 dan RM21.90 sebulan. Sebagai perbandingan, pelan 5G 160 hanya menawarkan akses kepada Prime Video sahaja.
Berikut adalah ciri-ciri utama Pelan Pascabayar 5G 190:
- Harga Langganan: RM190 sebulan.
- Data Internet: Tanpa had (4G & 5G) dengan kelajuan tanpa had.
- Hotspot: Tanpa had.
- Talian Tambahan: Diskaun 50% untuk sehingga 6 talian keluarga.
- Akses Penstriman: Termasuk Amazon Prime Video dan Viu Premium.
- Perantauan (Roaming): 30GB data perantauan percuma di Singapura, Indonesia, dan Thailand, serta diskaun 30% untuk pas perantauan di negara lain.
Pelan CelcomDigi Postpaid 5G 190 kini tersedia untuk dilanggan oleh pengguna yang berminat. Dengan penambahan data perantauan khusus untuk negara jiran dan akses hiburan premium, pelan ini dilihat sesuai untuk pengguna yang kerap mengembara di rantau Asia Tenggara dan penggemar kandungan digital.













