Utama Panduan Cara tukar gambar JPG atau PNG ke PDF pada Windows 10 atau...

Cara tukar gambar JPG atau PNG ke PDF pada Windows 10 atau 11

Anda sebenarnya boleh menukarkan gambar JPG atau PNG ke PDF secara mudah dan percuma pada PC Windows 10 atau Windows 11 anda dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut.

82
0

Anda mempunyai gambar JPG atau PNG yang ingin ditukarkan ke PDF? Jika anda mahukannya, anda boleh menggunakan fungsi pencetak PDF yang terbina dalam Windows 10 atau Windows 11.

Menerusi panduan ini, anda akan diberikan kaedah untuk melakukan penukaran fail gambar JPG atau PNG ke PDF.

Sebelum itu, saya akan menerangkan sedikit gambaran bagaimana penukaran ini dilakukan di dalam Windows 10 atau Windows 11.

Bagaimana penukaran gambar JPG atau PNG dilakukan di dalam Windows 10 atau 11

Kedua-dua Windows 10 dan 11 mempunyai pencetak PDF maya. Apabila anda ingin mencetak sesuatu dari aplikasi menggunakan pencetak ini, pencetak maya PDF ini akan mengubah fail berkenaan ke dalam bentuk PDF.

Anda seterusnya boleh menyimpan fail PDF yang diwujudkan tersebut di mana-mana sahaja lokasi di dalam PC anda.

Tukarkan gambar JPG atau PNG ke dokumen PDF di dalam Windows 10 dan 11

Cara untuk anda menukarkan gambar JPG atau PNG pada kedua-dua Windows 10 dan 11 adalah lebih kurang sama.

Mula-mula, buka folder di mana anda meletakkan gambar JPG atau PNG tersebut. Untuk Windows 10, klik kanan pada gambar tersebut dan pilih “Print”. Jika anda menggunakan Windows 11, klik kanan juga pada gambar tersebut dan pilih “Show More Options” > “Print”.

Tetingkap “Print Pictures” akan dibuka dan seterusnya, pilih pencetak PDF maya menerusi ruang pilihan menu “drop-down” Printer dan pilih “Microsoft Print to PDF.” Pilih juga “Paper Size” dan “Quality” mengikut kesesuaian anda.

Di bahagian bawah tetingkap berkenaan, klik “Print” untuk mula menukarkan fail gambar anda tadi ke bentuk PDF.

Seterusnya, tetingkap “Save Print Output As” akan dibuka untuk anda memilih lokasi anda menyimpan fail yang ditukarkan tersebut.

Untuk melihat fail PDF yang anda sudah tukarkan tadi, pergi ke tempat yang anda “save” tadi.

Itu sahaja panduan cara menukarkan gambar JPG atau PNG ke PDF menggunakan fungsi sedia ada di dalam Windows 10 atau Windows 11. Selamat belajar dan kbai!

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.