BANGALORE, India, 16 Mac 2023 /PRNewswire/ — Capillary Technologies, sebuah platform Perisian sebagai Perkhidmatan untuk kesetiaan pelanggan, telah dinobatkan sebagai Peneraju dalam laporan ‘Penyelesaian Teknologi Kesetiaan: The Forrester Wave untuk suku tahun pertama 2023′. Loyalty+ Capillary telah memperoleh penilaian 5/5 bagi 13 daripada 28 kriteria yang dinilai oleh Forrester.

Capillary Dinobatkan sebagai Peneraju dalam Laporan Penyelesaian Teknologi Kesetiaan oleh Firma Penyelidikan Bebas Terkemuka

Laporan tersebut yang ditulis oleh Mary Pilecki dan Cole Walsh, menyatakan bahawa jenama-jenama terus melabur dalam program kesetiaan dan penyelesaian teknologi kesetiaan bagi membantu mereka menarik dan mengekalkan pengguna — yang kini mengurangkan perbelanjaan mereka dan inginkan lebih banyak tawaran sebagai tindak balas kepada harga yang semakin meningkat. Dan menurut Tinjauan Pemasaran Forrester pada tahun 2023, “53% daripada pembuat keputusan pemasaran B2C merancang untuk meningkatkan perbelanjaan mereka dalam teknologi kesetiaan pada tahun 2023 dan ketidaktentuan ekonomi serta sikap berwaspada dalam belanjawan pemasaran telah memperbaharui tumpuan para pemasar terhadap keuntungan yang dijana daripada strategi kesetiaan mereka.”

Dengan Capillary yang dinobatkan sebagai peneraju, laporan tersebut menyatakan bahawa, “Kecemerlangan Capillary Technologies dicapai dengan adanya keupayaan teknologi syarikat yang kukuh dan ciri cuitannya yang dikuasakan AI. Capillary Technologies menawarkan penyelesaian perdagangan, sebuah platform data pelanggan (CDP) dan sebuah platform kesetiaan pelanggan serta memperluas jangkauan kesetiaannya dengan mengambil alih Persuade — sebuah syarikat teknologi pengalaman pelanggan (CX) — pada tahun 2021. Sejak itu, Capillary telah mengukuhkan keupayaan tawarannya dalam Loyalty+ untuk para pelanggan global di APAC, EMEA dan NA.”

Dalam penilaian Wave di mana 12 vendor terkemuka dipertimbangkan, Capillary telah dinilai sebagai salah satu daripada tiga syarikat yang menerajui bidang ini. “Bagi kami, penganugerahan Forrester ini telah memantapkan kedudukan Capillary sebagai peneraju barisan hadapan dalam bidang Penyelesaian Kesetiaan di seluruh dunia. Kini setelah lebih satu dekad, kami telah membantu beratus-ratus perusahaan besar merealisasikan kuasa teknologi dalam menyampaikan program kesetiaan yang sangat cekap untuk mendapatkan hasil perniagaan yang diingini. Penilaian kami sebagai Peneraju dalam Forrester Wave, pada pendapat kami, merupakan satu pengesahan terhadap usaha keras yang telah didedikasikan oleh pasukan secara berterusan selama bertahun-tahun dalam membantu para pemasar jenama mencapai hasil yang luar biasa dan memperoleh kesetiaan pelanggan,” kata Sameer Garde, Ketua Pegawai Eksekutif Capillary Technologies.

Laporan ini seterusnya menyatakan, “Loyalty+ mengatasi banyak pesaing lain dalam kumpulan yang kompetitif ini kerana fungsinya yang kukuh dan model data yang fleksibel. Ia cemerlang dalam pengurusan dan pemasaran program kesetiaan serta dalam mencipta maklumat yang boleh dilaksanakan daripada data pelanggan dan perniagaan. Dan ciri ‘cuitan’ platform ini memanfaatkan AI/ML untuk memberi nasihat yang preskriptif kepada para pemasar tentang segala-galanya merangkumi program yang dioptimumkan hingga pengurusan kempen.”

Tentang Capillary Technologies: 

Ditubuhkan pada tahun 2012, Capillary Technologies beroperasi di seluruh Amerika Syarikat, India, Timur Tengah dan Asia, khususnya di Asia Tenggara. Capillary Technologies menawarkan program kesetiaan dari hujung ke hujung, pandangan pengguna yang komprehensif dan strategi silang saluran yang menghasilkan saluran omni masa nyata serta pengalaman pelanggan yang diperibadikan dan konsisten. Memperkasakan rangkaian produk yang pelbagai yang terdiri daripada program kesetiaan hujung ke hujung di lebih 30 buah negara, Capillary Technologies telah bekerjasama dengan lebih 250 jenama setakat 30 Oktober, 2021, termasuk Asics, PUMA, Shell, Tata, Fossil, Hoya, Pantaloons, GKB Opticals, Indian Terrain, Fossil, Vishal Megamart dan pelbagai syarikat daripada rangkaian vertikal seperti pakaian, kasut, pasar raya, konglomerat, pembuatan dan elektronik, farmasi dan kesejahteraan, restoran mewah dan QSR, barangan mewah dan barang kemas, hiburan, minyak dan gas, kembara dan hospitaliti. Dengan jangkauan secara besar-besaran terhadap lebih 875 juta pengguna dan pemprosesan transaksi berjumlah 1.97 bilion dalam tahun Fiskal 2021, promoter Capillary Technologies iaitu Capillary Technologies International Pte. Ltd. mendapat sokongan daripada Swanland Investment ltd. (ahli gabungan Warburg Pincus), Sequoia Capital India Growth Fund II Ltd., Avataar Ventures Partners I dan Filter Capital Fund I Ltd. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.capillarytech.com.

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/2033505/Capillary_Technologies.jpg

Tinggalkan komentar