Capal atau sandal yang dipakai oleh Steve Jobs ketika beliau memulakan perniagaan Apple telah dijual pada harga $218,750 (~RM990,000) menerusi aktiviti lelong di New York, Amerika Syarikat Ahad lalu.

Mendiang Steve Jobs dikatakan telah memakai capal jenama Birkenstock Arizonas ini sekitar tahun 1970-an dan 1980-an ketika menempa pelbagai kejayaannya bersama-sama Apple, menurut rumah lelong yang menjalankan aktiviti lelong tersebut, Julien’s Auctions.

Pengarah Eksekutifnya, Martin Nolan menjelaskan ini merupakan harga yang paling tinggi pernah dibida untuk sepasang capal. Capal ini diperoleh dari koleksi Mark Sheff yang bertanggungjawab menguruskan hartanah Steve Jobs di Albany, California, Amerika Syarikat pada tahun 1980-an.

Selain capal berkenaan, pelbagai barangan yang mempunyai kaitan dengan Steve Jobs turut pernah dilelong dengan harga yang tinggi. Prototaip Apple-1 Computer yang dibina pada pertengahan tahun 70-an juga pernah dilelong pada harga mencecah $677,196.

Pembida yang berjaya membeli capal Steve Jobs berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya.

Tinggalkan komentar