Rutin kehidupan kebanyakan orang dibahagikan kepada empat bahagian. Selalunya, kerja, ibadah, main dan tidor. Selang masa antara satu rutin begitu jelas dan mudah untuk dijadualkan.

Tapi, hari ni rutin asas itu sudah bercampur aduk. Antara main, kerja dan rehat sudah bercampur aduk. Paling ketara semenjak era telefon pintar. Sibuk memanjang jari-jemari kita membelek-belek skrin sesentuh telefon pintar masing-masing.

Tak cukup dengan kerja di pejabat, kita sambung bawa ke rumah hinggakan periksa email pejabat pada waktu malam pun sudah menjadi kelaziman warga pekerja pejabat hari ini. Sedangkan, di pejabat pun kadang-kadang kita selitkan waktu dengan bermain-main dengan aktiviti santai seperti melayari Facebook dan bermain aplikasi permainan seperti Clash of Clans. Kadang, bila sudah taksub dengan main, kita akan terbawa-bawa ke waktu hendak masuk tidur.

Sudahnya, bila masuk kerja, tenaga pun sudah tiada akibat tidak cukup rehat pada waktu malam.

6 KOMEN

  1. Betul tu.. klu jadi majikan swasta peringkat iks pun pening.. dahlah kos naik, staff pun nak kena naikkan gaji, kos pejabat lagi tapi waktu kerja ada staff yg main game & berfacebook. Guna kemudahan pejabat lagi hahaa… fenin.. 😀

  2. saya boleh dikatakan hampir 24 jam bersama komputer..tempat kerja guna PC dan kat rumag guna lap top untuk membuat kerja-kerja blogging..masa kosong hampir tiada sejak 2 tahun yang lepas!

Tinggalkan komentar