Hari ini para penjawat awam menerima insentif tahunan sebanyak separuh gaji atau paling koman dapat RM500 dan aku adalah antara orang yang mendapat imbuhan paling koman tersebut. Better late than never, tapi saja gatal-gatal tulis kat wall Facebook kompelin pasal bonus ciput yang boleh habis dicelah gigi ini.

Oleh kerana majoriti rakan-rakan Facebook aku terdiri daripada orang-orang gomen, aku menerima komen-komen yang menyarankan aku supaya bersyukur dengan segala apa pemberian kerajaan kepada aku dan ada juga satu dua yang menyeru aku supaya bertaubat.

2 KOMEN

Tinggalkan komentar