Samsung dijangka akan mengumumkan telefon pintar boleh lipat tiga keluarannya menjelang akhir tahun ini. Setakat ini maklumat mengenai peranti ini sekadar khabar angin dan maklumat-maklumat yang didakwa tertiris sahaja.
Baru-baru terdapat maklumat terkini yang didakwa ciri unik One UI 8 khusus untuk peranti yang mungkin dikenali sebagai Galaxy Z Trifold. Menurut laporan oleh SammyGuru, telefon pintar ini mampu menjalankan ketiga-tiga aplikasi secara serentak sebelah menyebelah pada paparan boleh lipatnya yang besar. Ia memudahkan pengguna melaksanakan berbilang tugasan lebih mudah berbanding telefon pintar boleh lipat biasa.
Pengguna juga dilaporkan boleh menurunkan skrin terbahagi tiga ke dalam skrin utama, bar tugasan atau panel Edge. Aplikasi-aplikasi ini juga boleh disusun secara menegak atau melintang. Ia mirip dengan ciri berbilang tugasan skrin terbahagi pada peranti boleh lipat sedia. Bezanya pada peranti ini ketiga-tiga aplikasi berkenaan boleh dilipat dengan penuh.
Samsung masih belum mengumumkan tarikh pelancaran untuk peranti boleh lipat tiga baharunya ini. Khabar-khabar angin terdahulu mendakwa ia akan diumumkan pada Oktober ini dengan pemprosesan Snapdragon 8 Elite.