Pada suatu masa dahulu, Blackberry Messenger merupakan sebuah aplikasi permesejan yang popular dan menjadi pilihan utama di era sebelum iPhone diperkenalkan. Hari ini, aplikasi permesejan kegunaan umum berkenaan telah ditamatkan riwayatnya.
Apa sahaja pendapat anda mengenai Blackberry Messenger (BBM), kita tidak boleh menafikan ianya pernah merajai sebagai aplikasi permesejan paling popular satu ketika dahulu. Kini, keadaan semasanya merupakan satu pengajaran buat syarikat-syarikat teknologi lain.
Ibarat roda, ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Populariti kita hari ini tidak dijamin mampu bertahan lama kerana lambat laun ianya akan digantikan dengan sesuatu yang baru.
PING !!!
Today is the last day to use BBM 😢🙏
Thank you for all the support and memories that you have spent together with BBM 😊
As an alternative, you can use BBM Enterprise. Check the following link for more details https://t.co/uKmBGP3CQI pic.twitter.com/BnwaoGYehc
— BBM (@BBM) May 31, 2019
Apa pun, jenama BBM masih lagi bernyawa. Buat masa ini, Blackberry masih lagi menawarkan programnya, ‘BBM Enterprise for Individual Use‘ yang membenarkan pengguna terus menggunakan pelayan Blackberry untuk permesejan selamat.
Tidak dapat dipastikan sejauh mana BBM terus bertahan dengan keadaan majoriti pengguna lebih cenderung menggunakan aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram untuk berhubung.
Sumber berita diperoleh dari Twiter rasmi Blackberry













