HONG KONG, 1 November 2022 /PRNewswire/ — Bursa mata wang kripto global yang terkemuka, Bitget, mengumumkan pelancaran ciri baharunya iaitu ‘Bitget Insights’. Ciri ini berfungsi untuk menyepadukan media sosial dengan dagangan sosial melalui bursa Bitget. Pelancaran ini menandakan peringkat inisiatif dagangan sosial kripto Bitget seterusnya yang bermatlamat untuk memberi manfaat kepada pelabur runcit baharu serta pedagang yang berpengalaman.

Melalui Bitget Insights, pedagang akan berpeluang memperoleh pandangan daripada pedagang-pedagang berpengalaman. Berbanding platform media sosial sedia ada, Bitget menjamin bahawa semua pandangan yang dikongsi adalah diperolehi daripada pedagang yang sah dan berwibawa pada peringkat pertama, sekali gus menjimatkan masa, sumber dan potensi kerugian para pedagang akibat daripada ‘shilling’ mata wang kripto, pengakuan palsu atau penipuan kripto yang lain.
Bagi memastikan Bitget Insights memberikan pandangan berharga dan bermaklumat kepada para pengguna, hanya pedagang yang memenuhi kriteria tertentu, termasuk pedagang sah yang sebenar pada platform Bitget dapat berkongsi dan membuat siaran melalui ciri baharu ini. Selain itu, mereka juga mesti mempunyai pengikut yang ramai dan boleh disahkan merentasi pelbagai platform media sosial. Pedagang lain boleh mengikuti dan memanfaatkan pandangan mereka seperti strategi teknikal atau analisis pasaran yang disiarkan oleh pedagang sah.
Bitget Insights juga membolehkan para pedagang bertauliah meningkatkan kehadiran komuniti mereka dengan berkongsi pandangan pasaran dan strategi dagangan dengan berjuta-juta pedagang berpotensi yang ada di platform global Bitget. Pedagang bertauliah juga boleh mendapat manfaat daripada Bitget Copy Trade iaitu produk dagangan sosial kriptonya yang utama.
Gracy Chen, Pengarah Urusan Bitget berkata, “Produk dagangan dan perkhidmatan dagangan sosial yang inovatif merupakan contoh unggul dan ciri-ciri utama Bitget. Bitget ialah perintis dagangan sosial kripto disebabkan usahanya untuk menambah baik produk melalui inovasi. Di ‘Bitget Insights’ iaitu platform dagangan sosial di mana maklumat berharga lebih mudah diakses oleh semua orang, pedagang sah yang dipilih dan pemimpin pendapat terpilih boleh menyiarkan analisis carta, strategi teknikal dan artikel untuk berkongsi pandangan mereka dengan para pengikut.”
Bagi meraikan pelancaran Bitget Insights, Bitget telah menyediakan sebuah kempen Kandungan Dihasilkan Pengguna yang merangkumi hadiah percuma dan pertandingan kongsi kandungan kepada para pengguna yang menyiarkan pandangan dan kandungan asli pada platform ini. Para pemenang boleh berkongsi hadiah berjumlah 100,000 $BGB, cenderamata yang ditandatangani oleh rakan kongsi terbaharu Bitget iaitu Lionel Messi dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web.
Tentang Bitget
Bitget yang ditubuhkan pada tahun 2018, merupakan antara lima buah bursa mata wang kripto terkemuka di dunia dengan produk dan perkhidmatan dagangan sosial inovatif sebagai ciri utamanya serta memberikan perkhidmatan kepada lebih berjuta-juta pengguna di lebih 50 buah negara di seluruh dunia pada masa ini.
Bursa ini komited untuk menyediakan penyelesaian dagangan sehenti dan selamat kepada pengguna dan bermatlamat untuk meningkatkan penerimagunaan kripto melalui kerjasama dengan rakan kongsi berwibawa, termasuk pemain bola sepak legenda Argentina, Lionel Messi, pasukan bola sepak terkemuka di Itali, Juventus, rakan kongsi kripto e-sukan rasmi PGL Major dan organisasi e-sukan terkemuka, Team Spirit.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
sylvia.huang.yq@bitget.com
rachel.cheung@bitget.com
simran@bitget.com
Imej: https://mma.prnewswire.com/media/1933492/Bitget.jpg














