Biostar telah mengumumkan papan induk mini-ITX pertama di dunia yang dikhususkan untuk pemprosesan AMD Ryzen. Dua papan induk terbaru keluaran Biostar, Racing X370GTN dan Racing B350GTN menjanjikan berita baik buat peminat-peminat pemprosesan AMD yang inginkan papan induk mini-ITX.

Dari segi rupa bentuk luarannya, Racing X370GTN dan Racing B350GTN kedua-duanya tidak jauh bezanya di antara satu sama lain. Perbezaan paling ketara pada kedua-dua model papan induk ini adalah pada chipset yang digunakannya, masing-masing X370GTN dan B350GTN.

Sokongan berbilang GPU hanya terhad untuk papan-papan induk AMD X370 dan X300 sahaja berikut had chipset yang telah ditetapkan oleh pihak AMD sendiri. Bagaimanapun, kedua-dua papan induk Biostar ini mampu melakukan overclocking.

Tarikh kehadiran serta harga papan induk ini di Malaysia masih belum diumumkan oleh pihak Biostar. Cuma, apa yang difahamkan buat masa ini, harga saranan yang ditawarkan untuk Racing X370GTN dan Racing B350GTN, masing-masing pada $129 (lebih kurang RM561) dan $109 (lebih kurangRM474).

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan papan induk ini, sila layari pautan ini.

1 komen

Tinggalkan komentar