Di bawah terik sinaran mentari tengah hari April 1995, aku mengayuh basikal dengan pantas. Basikal Raleigh kepunyaan mak aku ini sememangnya untuk kegunaan aku dan adik aku ke sekolah agama.  Mujurlah aku dan adik aku berlainan sesi persekolahan, jadi basikal tersebut dapat diselang-selikan pagi dan petang.
Sengaja aku mengayuh dengan pantas walaupun tidak kelewatan. Pada kebiasaannya, aku akan tiba lebih awal 15 minit sebelum sesi persekolahan bermula jam 2.30 petang. Bukan untuk menelaah mata pelajaran pun, cuma seronok hendak bermain je. Perkara biasa bagi budak-budak Melayu darjah 4.
Indestructibles

Tiba di perkarangan sekolah agama, rakan sekelas aku, Wan dengan gaya cemas mengejar aku yang masih lagi menunggang basikal.

”Tayar berpusing! Tayar berpusing!” jerit Wan kepadaku.
Mana? Mana?
Aku membrek secara mengejut. Lalu memeriksa ‘kerosakan’ yang diberitahu oleh Wan tadi.
Pusing? Apa yang berpusingnya? Tayar basikal memang berpusing kalau tengah berjalan. Sel-sel otak Darjah 4 aku mula berhubung untuk memaklumkan bahawa pada hari ini entah kali keberapa aku dikenakan ‘April Fool’.
Mulut Wan dah termuncung-muncung untuk menyebut April Fool kepada aku. Isyh, menyampah betul. Tiap-tiap kali 1hb April mesti aku terkena. Aku ni dah la agak lurus bendul sikit orangnya. Mak aku kata, ada ikut perangai ayah aku yang bersikap husnuzon (bersangka baik).
Jadi, tiap kali member-member aku pekena kat aku, memang buta-buta aku percaya je la. Walaupun kemudiannya aku akan persoalkan, tapi masih lagi menjadi bahan jenaka bagi member-member yang kaki prank.
Aku benci April Fool.


29 KOMEN

  1. Zaman sekolah dulu memang macam inilah kalau 01hb April satu hari yg enjoy. Kakak pun pernah kena. Kawan tepek kertas kat belakang baju tulis “aku mak lampir”. Dahlah kita ni pengawas mestilah merata dah berjalan. Semua org ketawakan kakak tak sedar. Bila cikgu nampak baru tahu.

    Kakak pun tak suka juga.. dah tak pernah layan pun aprilfool itu.

  2. Betul tu, dulu2 yer…pantang masuk April, sana sini April fool…bunda ingat zaman sekolah dulu pun pernah kene…
    Gurauan terlebih2…sampai nanges2 bunda… tak suka!

    Bunda nak tanya boleh?..anak askar pencen ehk?…sama lah kta…

  3. Hehehe.. kesiannnn diaa… hehehe.. lenkali bila time April datang… tutup telinge tu dengan ear phone… supaya tak dengar bila orang panggil nak prank tu… 😀
    Tapi skarang ada lagi ker orang buat prank time April nie?? bertahun dah tak pernah dengar…. 😀

  4. baguslah bro..bersikap baik selalu.. zaman budak2 baru sel2 nak berhubung memang menarik..kalau dikenangkan kemali he..he.. just saya x pnah sambut..sbab skolah biasa.. x pnah nak berapril2 fool sangat..kadang lupa hari tu hari april fiool…

  5. sedih…hahaha…april fool bukan budaya orang islam kan…

    singgah melawat nuffnang..terima kasih atas kunjungan nuffnangku…hihi..
    amboi ayat cik akak formal..haha

  6. tayar mmg berpusing . dulu pernah terkena gak. stress betul time tgh2 kayuh basikal , tetbe kena stop semata2 satu kebohongan . erk . tapi maybe dia nak bergurau kot . senyum je la dan cakap , yeah!dah terkena . =P .

Tinggalkan komentar