Hab atau suis, mana satu yang lebih bagus? Mana yang patut digunakan untuk mendapatkan sambungan rangkaian yang lebih pantas dan lebih selamat?

Sebelum kehadiran suis, hab lebih kerap digunakan dalam sistem rangkaian dan terdapat beberapa faktor mengapa sambungan sistem rangkaian hari ini lebih menggunakan suis. Secara ringkasnya, kita ketahui dahulu sedikit sebanyak perbezaan ciri-ciri hab dan suis.

Ciri-ciri hab:

  • Berfungsi pada peringkat lapisan fizikal dalam lapisan model OSI
  • Menggunakan ‘Store and Forwarding’ apabila ia menerima paket data
  • Virtual LAN tidak boleh dibuat dengan menggunakan hab
  • Pada kebiasaannya hadir dengan 4 hingga 12 labuhan
  • Hanya menghantar isyarat elektrikal atau bit-bit (atas sebab penggunaan lapisan fizikal tadi)
  • Tidak menggunakan sebarang perisian
  • Tidak memiliki ingatan (memory) sendiri untuk mengingati peranti-peranti yang pernah bersambungan dengan rangkaian
  • Tidak boleh mempelajari alamat MAC dan juga tidak boleh forward
  • Tidak begitu selamat berbanding suis kerana semua peranti penerima dalam rangkaian boleh menerima semua data yang dihantar oleh hab
  • Menyokong mod pemancaran separa-duplex (half-duplex transmission mode)
  • Memiliki hanya satu domain penyiaran (broadcast domain)
  • Tidak boleh menyokong protokol pepohon rentang (spanning tree protocol)
  • Pelanggaran paket (packet collisions) sering berlaku di dalam hab
  • Lagi murah dari suis

Ciri-ciri Suis

  • Berfungsi pada peringkat lapisan pautan Data (data link layer) atau lapisan kedua di dalam model OSI
  • Menggunakan ‘filer and forwarding’ apabila menerima paket data
  • Virtual LAN boleh dibuat dengan suis serta boleh digunakan sebagai jambatan berbilang labuhan (multi port bridge)
  • Biasanya hadir dengan 24 hingga 48 labuhan (port)
  • Menghantar Kerangka (Frames, peringkat lapisan kedua) dan lapisan peringkat ketiga menurut model OSI
  • Menggunakan perisiannya sendiri untuk akses pentadbiran (admin access) dan konfigurasi-konfigurasi lain
  • Mempunyai ingatannya sendiri untuk mengingati sebarang peranti yang pernah bersambungan di dalam rangkaiannya
  • Boleh mempelajari alamat MAC dan boleh menyimpan alamat berkenaan di dalam CAM (Content Addressable Memories)
  • Boleh menyokong mod pemancaran separa dupleks dan dupleks penuh (half duplex dan full duplex)
  • Menyokong protokol pepohon rentang (spanning tree protocol)
  • Pelanggaran paket amat jarang berlaku di dalam suis
  • Lagi mahal dari hab

Beza hab dan suis berfungsi

Hab berfungsi dengan apabila kesemua komputer-komputer di dalam rangkaian menghantar paket data, ia akan disalin sebagai isyarat pada labuhan-labuhan berasingan pada hab. Ini bermakna, hab hanya akan menyalin semula (replicate) isyarat berkenaan dan akan dihantar ke penerima yang dituju. Oleh kerana ketiadaan ‘filtering and forwarding’, banyak pelanggaran data berlaku di dalam rangkaian yang menggunakan hab.

Berbeza dengan hab, suis lebih teratur dan kompleks cara pengurusan dan penghantaran isyaratnya di dalam rangkaian. Secara ringkasnya, suis berfungsi lebih kurang begini;

  • Paket data tiba di salah satu labuhan suis
  • Suis akan memeriksa alamat di dalam paket data berkenaan (lapisan Kerangka (Frame) atau lapisan kedua mengikut model lapisan OSI)
  • Melalui jadual CAM, suis akan memadankan alamat Kerangka dengan salah satu alamat di dalam jadual CAM
  • Jika alamat berpadanan, suis akan mengetahui labuhan mana alamat berkenaan ditempatkan dan akan melakukan forward terhadap paket berkenaan ke labuhan yang telah ditetapkan. Cara kerja ini dikenali sebagai ‘Filter and Forwarding’.

Cukup setakat ini sahaja dahulu penerangan ringkas mengenai perbezaan di antara hab dan suis di dalam rangkaian. Bagi anda mempunyai sebarang pendapat mengenai cara bagaimana rangakaian komputer berfungsi, kongsikan bersama kami di dalam ruangan komen di bawah.

-Imej cover diperoleh dari BIZ VOIP

Tinggalkan komentar