Biasanya lah kan, kat mana-mana masjid dan surau kat Malaysia ni, lepas habis solat fardhu berjemaah akan ada aktiviti salam-salam sesama jemaah. Kadang-kadang tu sambil berselawat. Kira dah elok la tu, merapatkan ukhuwah.
Cuma yang aku tak faham, kenapa masa bersalam-salaman tu, muka sekor pun tak reti nak senyum. Patut kalau dah bersalam tu, kasi senyum la sikit. Ini tidak, jangankan nak senyum, pandang muka orang yang salam tu pun tidak. Susah betul aku nak jumpa jemaah yang reti nak senyum masa bersalaman. Baik kat mana-mana surau atau masjid, keadaanya hampir serupa. Kalau ada yang senyum dengan aku pun mana yang kawan-kawan aku je la.
Apa orang-orang yang rajin ke masjid atau surau ni semuanya jenis muka ketat ke hapa? Atau bersalam tu pun sebab dah macam terpaksa. Atau masing-masing dalam diri sudah ada sindrom perasan alim(riak,bongkak,takabbur).
???
![]() |
| ajiprabowo.wordpress.com |















agaknya rasa terpaksa kot..:)
gambar tu salam keretapi namanya.