Kasih sayang sesama insan adalah perkara yang amat digalakkan. Tidak perlu ianya dikhaskan pada hari-hari tertentu. Malah, lebih baik jika dilakukan pada setiap hari.
Takrifan kasih sayang itu juga amat besar rangkumannya. Bukan sekadar cinta yang membawa kepada perzinaan sebagaimana mengikut takrifan sempit budaya kapitalisme dan konsumerime yang dicedok secara buta dari Barat.
Berkasih sayang mengikut anjuran Islam dapat mencegah tiap diri kita semua dari kebinasaan. Namun, apa yang berlaku hari ini adalah kasih sayang di dalam tiap umat Islam makin luntur, sebaliknya api kebencian pula yang dimarakkan.
Apakah kita semua tidak tahu tentang berkasih sayang juga sebahagian daripada cara membuka pintu rezeki?
–Sumber imej diperoleh dari Smashing Magazine















seharusnya setiap hari adalah hari berkasih sayang (bagi pasangan yang halal suami/isterii).. bkan hanya pada hari-hari tertentu sahaja..
Berkasih sayang spt contoh mereka yang baru berkahwin, rezeki murah lepas kahwin, insyaAllah.
Yup kasih sayang itu anugerah Allah untuk kita semua..Alhamdulillah..
bertambah anak, bertambah rezeki, beri kucing makan sekalipun…InsyaAllah.
Kasih sayang diajar dlm Islam utk dilaksanakan setiap masa.. hari kasih sayang barat ni menggalakkan maksiat.. bukan kasih sayang yg sebenar.. hanya berpaksikan nafsu semata2…
Kasih sayang punya erti yg teramat luas. Cara meluahkan kasih sayang juga tidak terhad.
Kasih sayang boleh membawa kepada kebaikan dan kemusnahan.
Kasih sayang boleh jadi halal dan haram.
Kasih sayang boleh membawa ke syurga dan neraka.
Oleh itu kita perlu tahu, faham dan menilai akan kasih sayang yg sewajarnya untuk kita beri dan nikmati.
sesama blogger pon leh terapkan kasih syg melalui entries dan comment kannn
yg penting, raikan kasih sayang bersama keluarga tercinta. raikan isteri. yg x kahwin tuh, cepat2 masuk meminang.
meluahkan kasih sayang tu luas..untuk sepasang kekasih ianya bertambah erat sekiranya ada ikatan yang halal..
kasih sayang pada mak ayah isteri dan suami di benarkan landaskan dalam islam 😉 jangan ikut lagu orang asing huhu..
kasik kasih ambik sayang 🙂
Berkasih sayang ikut flow .Allah-Nabi& Rasul,Ibu-bapa,Isteri/suami/anak .guru dan seterusnya.
P/s:Psstt..yang seterusnya bukan kasih sayang kepada kekasih gelap pula ye 🙂
kalo berkasih syg ikot apa yg Islam gariskan, semua indah. InshaAllah :>)
suka tengok suami ietri kasih sayang..kalau sebelum kawin tak di benarkan heee
kasih sayang juga tidak terhad kepada suami isteri dan keluarga sahaja,.kasih sayang nie satu konteks yang luas..betul tak bro???hehehe
Regards,
-Strider-
Orang yang sentiasa belas kasihan adalah orang yang dalam hatinya penuh kasih dan sayang.
Tapi…errr…biarlah bertempat.
In Shaa Allah… kasih sayang kerana Allah..