Lepak dengan orang tua-tua ni, banyak perkara yang aku dapat belajar. Antaranya, belajar untuk ringan mulut menegur strangers yang ditemui. Tak kira la di majlis kenduri kahwin ataupun sewaktu menunggu bas.
Sepanjang pemerhatian aku terhadap warga generasi sebaya ayah aku adalah, mereka tidak segan untuk menegur strangers yang ditemui, asalkan orang yang ditemui itu berkelapangan dan waras. Ye la, nak tegur orang pun tengok-tengok la pada keadaannya kan.
Pada generasi boomers dan generasi X ini, aku perhatikan mereka lebih mudah mesra untuk bertegur sapa berbanding generasi Y.
Barangkali, kurangnya kebergantungan mereka terhadap gajet-gajet memudahkan mereka untuk berinteraksi secara bersemuka tanpa perasaan malu tak bertempat seperti yang dihadapi oleh kebanyakan generasi masa kini yang lebih cenderung ber’Facebook’.















Alhamdulillah.. saya pun tak keberatan utk buka mulut dgn org lain.. dpt berkenal2 juga. Mmg betul, bila skrng dah mcm2 media sosial yg ada org pada realitinya jadi lagi tak pandai bersosial.. klu remaja & gen muda tu ada yg tak de tata susila langsung bila dgn org tua2.. tak berani nk komen lebih2 sbb saya pun ada anak.. semoga kita, anak2 & seluruh keluarga tak tergolong dlm golongan org2 spt tu.. biarlah tau tertib bersosial samaada di alam realiti mahupun alam maya.. aamiin..
Kalau kte, kte seorang yang segan nak berinteraksi dengan orang tak kenal. Tapi boleh jadi peramah bila orang yang tegur kte 🙂 (f)
Ya.. in business, the ‘reach out first’ concept is crucial for success… sebenarnya, orang tua2 dulu dah guna konsep ni lama dah… there’s nothing to be ‘shy’ of… in fact it shows that we are open and sincere to notice and get noticed… Great observation! 😀
shin biasa amek masa utk jd mesra ngan stranger sbb shin pemalu.. shin lebih suka menjawab bila di tanya bebanding shin yak kena mulakan topic perbualan.. penah satu kes shin gi dating.. sbb memasing malu.. kitaorg borak kat whatsapp walaopon duduk sesama satu meja #sengih
Salam.. lama abak tak blogwalking ye..baru nak terjah..
Alhamdulillah..abak susah sikit…malu2 … abak lebih suka mulakan dengan laman sosial..bila dah biasa barula besemuka…haha
mulakan bertegur sapa dgn senyuman…jikalau senyuman berbalas bolehlah mulakan perbualan ringan….
Tengok orang jugak. Kalau muka dia manis dan senyum tak segan la kita nak tegur.
generasi sekarang lebih ‘mesra’ dengan gadget..
Tapi bila generasi Y yg pandai bergaul boleh membimbangkan org tua pula (ada ketikanyalah). Tak sama generasi yg pakai seluar bell-bottom dulu. Batas dan pergaulan sendiri tahu batasnya. Tegur-menegur perkara biasa. Sekarang dgn gadjet alam maya pun boleh bergaduh.. entahlah..
Generasi sekarang ni kalau menegur masa mengorat je agaknya. Haha
generasi sekarang lebih sering internet dibanding bersapa [-(
saya mulakan dengan senyuman. jika tak dibalas, tak tegur dah.. takut pulak.. hehe.
kadang2 rasa cam ganerasi yang biadap ngn sombong sebab tak pandai bertegur 🙁
Generasi sekarang lebih mesra gadjet… dari yang kecil sampai la dewasa… idah pun skrg tak bagi dah anak2 main tablet… sebulan kadang2 sehari jer idah bagi…
btol tu. aku pun akui, aku payah nak sembang ngan org yg x dikenali. cuma rajin bg senyuman je. lg2 kat awek. eh…
Emmbanyak gak yang kena baiki diri saya ni..saya ni jensi pendiam aje..adoiii..kadang2 nk borak ngn orang tua pun susah..
lagi satu bila org yg berusia ni, confident level derang dah makin tinggi. yg muda2 ni cam segan2 je nak tegur strangers.