Sempena sambutan Hari Bapa ini, Samsung Malaysia telah menawarkan pelbagai tawaran dan promosi hebat buat anda membalas budi dan kasih sayang yang telah dicurahkan oleh bapa anda.
Anda boleh melihat tawaran menarik di dalam Father’s Day Deals yang mampu dijadikan sebagai bingkisan hadiah penghargaan untuk insan yang menyayangi anda sejak dari lahir.
Odyssey G3 Gaming Monitor
Jika anda berhasrat untuk mengeratkan lagi hubungan antara anda dan ayah anda dengan permainan PC terkini, anda boleh mendapatkan Samsung Odyssey 24’’ G3 Gaming Monitor dengan hanya RM1,359.
Tawaran ini lebih manis jika anda menyertakannya bersama-sama Samsung Air Purifier yang menjadikan harga keseluruhan untuk dua unit tersebut RM1,499, jimat sebanyak RM949.
Boleh didapati dalam saiz 24-inci dengan rekaan hampir nirbingkai, monitor Odyssey G3 menggunakan panel VA beresolusi 1920×1080 dan menawarkan penggunanya tontonan hampir tanpa halangan. Monitor ini juga menampilkan kadar penyegaran semula 144Hz dan kadar respons MPRT 1ms yang menjanjikan pengalaman permainan memukau tanpa tolok tandingnya khusus untuk anda dan ayah anda menikmati permainan berkomputer yang hebat.
Smart Monitor M8 2022
Adakah ayah anda seorang profesional berkerjaya dan anda berhasrat memberikan pengalaman bekerja dari rumah yang terbaik? Smart Monitor M8 hadir dengan kamera nirwayar SlimFit Cam (1920×1080, 30p), menjadikan ia pilihan muktamad untuk kegunaan mesyuarat atau persidangan video dalam talian. Kamera tesebut boleh dilekat atau ditanggalkan dari monitor berkenaan pada bila-bila masa. Ia bersambungan dengan peranti menggunakan pin-pin pogo, justeru menjadikan ia bebas wayar serta lebih kemas dan teratur.
Selain itu, aplikasi persidangan video seperti Google Duo juga terbina di dalamnya bagi memudahkan pengguna menyertai mesyuarat dalam talian, mahupun kelas sama ada di rumah atau di pejabat.
Monitor ini juga didatangkan dengan ciri Face Tracking yang secara automatik menjejak dan memfokuskan pada pengguna-pengguna jika didapati bergerak ketika panggilan video sedang berlangsung. Fungsi Auto Zoom pula akan mengezum pada wajah pengguna yang dikesan sedang berucap.
Dapatkan tawaran eksklusif dalam talian dari Samsung untuk Smart Monitor M8 dan M7 pada harga jualan masing-masing RM3,488 dan RM3,288, dan dapatkan bersama Galaxy Buds2 yang bernilai RM499 secara percuma.
Samsung juga memberikan anda penjimatan sehingga 32% bagi produk-produk Samsung Gaming dan Smart Monitors terpilih apabila anda membuat pembayaran produk dalam talian anda dengan memasukkan Kod Promo ‘MONITOR4U’.
QLED 4K Smart TV 2022
Masa bercuti seringkali dirasakan berlalu dengan terlalu singkat dan ayah anda pastinya memerlukan masa berehat yang amat diperlukannya. Kini, anda dan ayah anda boleh meluangkan masa menonton rancangan kegemaran bersama.
Sama ada di tempat yang sama seperti di ruang tamu pada QLED 4K Smart TV 2022 atau di tempat berbeza dengan Smart Monitor.
Atas sebab itu, Samsung Malaysia kini menawarkan tawaran eksklusif dalam talian untuk 50″ Q63B QLED 4K Smart TV pada harga RM4,099 dengan penjimatan sehingga RM210.
Jet 60pet
Jika ayah anda seorang bapa penyayang yang bertanggungjawab menjalankan tugasan-tugasan menjaga rumah, Jet 60pet merupakan alatan pembersihan terbaik yang wajar dimiliki. Pembersih hampagas penuh gaya ini dilengkapkan dengan Digital Inverter Motor dan mempunyai kuasa sedutan sehingga 150W.
Oleh itu, tugasan membersih rumah ayah anda kini dapat dipermudahkan dengan adanya Jet 60pet. Selain itu Jet 60pet juga didatangkan dengan bateri berkuasa yang mampu bertahan untuk digunakan sehingga satu jam. Bagi anda yang mempunyai kediaman yang luas, anda boleh menukar bateri gantiannya bagi melanjutkan lagi tempoh penggunaan pembersih hampagas ini secara nirwayar.
Anda boleh mendapatkan potongan harga segera RM100 untuk Samsung Jet 60pet baharu ini supaya ayah anda dapat membersihkan kediamannya dengan lebih mudah.
Tunggu apa lagi, segera layari laman web jualan Samsung untuk mendapatkan hadiah peralatan elektrik rumah Samsung khusus untuk kedua ibu bapa anda bermula dari sekarang hingga 30 Jun 2022 di https://shop.samsung.com/my/eStore-promotion/.













