Galaxy Z Flip 4 secara rasminya telah diperkenalkan sejak lebih dari sebulan yang lalu menerusi acara Galaxy Unpacked turut memperkenalkan Z Fold 4, siri Watch 5 dan juga Buds 2 Pro.

Memandangkan Galaxy Z Flip 3 yang dilancarkan pada tahun lepas merupakan telefon pintar boleh lipat (rekaan flip) terlaris, jangkaan untuk generasi kali agak tinggi. Salah satu ciri utama yang ditambahbaik oleh Samsung pada telefon pintar mercu boleh lipat ini adalah pada baterinya.

Samsung menerima maklumbalas dari penggunanya dengan baik dan kini telah meningkatkan kapasiti bateri Galaxy Z Flip 4 kepada 3,700mAh. Peningkatan sebanyak 400mAh atau 12% lebih tinggi dari model sebelumnya.Samsung Galaxy Z Flip4 Battery

Hasilnya saya mendapati Galaxy Z Flip 4 ini mampu memainkan video penstriman secara berterusan sehingga lebih dari 9 jam. Untuk penggunaan melayari web pula ia mampu bertahan sekitar 11~12 jam.

Sokongan pengecasan pantas secara berwayar dan nirwayar

Galaxy Z Flip 4 juga menyokong Samsung Fast Wireless Charging 2.0 yang terdapat  pada Samsung Wireless Charger Stand dan Wireless Charger Duo Pad. Pengecas nirwayar dengan penarafan Qi yang lain juga boleh digunakan untuk mengecas Galaxy Z Flip 4.

Bagi pengecasan berwayar pula, Galaxy Z Flip 4 turut menyokong pengecasan pantas sehingga 25W berbanding sebelum ini yang hanya menyokong sehingga 15W sahaja. Seperti peranti-peranti Samsung lain, Samsung mencadangkan penggunaan pengecas keluarannya seperti Super Fast Charge Travel Adapter bagi memanfaatkan sepenuhnya ciri pengecasan pantasnya.

Untuk pengecasan berbalik pula, Galaxy Z Flip 4 menyokong sehingga 4.5W melalui ciri PowerShare yang boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar lain atau aksesori lain menyokong ciri pengecasan nirwayar WPC Qi seperti Galaxy Buds, Galaxy Watch dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, penambahbaikan pada bateri Galaxy Z Flip 4 memberikan pengguna lebih kenikmatan menggunakan telefon pintar boleh lipat ini dengan penuh gaya yang tersendiri.

Kunjungi Roadshow Galaxy Flextival di Sunway Pyramid, dari 29 September 2022 hingga 2 Oktober 2022 dan rebutlah peluang untuk mendekati Galaxy Z Flip 4 disamping memenangi pelbagai ganjaran hebat.

Galaxy Flextival 2022 Sunway Pyramid

Galaxy Flextival 2022 Sunway Pyramid Promo

Maklumat lanjut mengenai promosi terkini Galaxy Z Flip 4 dan Galaxy Z Fold 4, layari https://www.samsung.com/my/offer/mobile/launch/galaxy-z-fold4-flip4/

Tinggalkan komentar