Tahukah anda, melakukan aktiviti seni seperti melukis, mewarna atau menyanyi mampu meningkatkan paras dopamin anda dan seterusnya meningkatkan mood anda.
Sama ada anda benar-benar mempunyai bakat terpendam di dalam bidang seni atau tidak, anda mampu menyerlahkannya dengan latihan yang kerap. Pelbagai cara anda boleh lakukan untuk melatih diri dalam bidang seni lukis, sama ada menggunakan medium fizikal mahupun digital.
Apa yang penting adalah teruskan usaha memantapkan kemahiran seni anda walaupun sudah lama tidak melakukannya seperti diri saya ini. Usaha memantapkan kembali kemahiran melukis saya melalui medium digital baharu sahaja timbul sekitar sebulan lalu sejak mula menggunakan Samsung Tab S7 FE.
Ada apa dengan S Pen
Apa yang menarik, tablet ini didatangkan bersekali dengan S Pen yang menawarkan ciri rekaan yang kemas dan selesa dipegang. Ia memberikan keselesaan seakan memegang pen sebenar.
Dari segi ‘feel’ ketika melukis, ia tidak menyamai perasaan melukis di atas kertas memandangkan permukaan skrin tablet yang licin. Pada pendapat saya, ia lebih mirip seperti ketika kita menulis atau melukis di atas papan puith menggunakan pen marker atau ‘sharpie’. Bagi saya yang sudah terbiasa melukis di atas kertas, hal ini memerlukan lebih praktis bagi membiasakan diri untuk melukis pada Samsung Gaalxy Tab S7 FE.
Ini kerana, secara teknikalnya S Pen menyokong 4096 peringkat tekanan yang menyediakan lebih kawalan strok pen atau berus digital pada aplikasi lukisan anda. Ia amat jelas kelihatan apabila anda menggunakan aplikasi tinggi fideliti seperti Autodesk Sketchbook atau Clip Studio Paint.
Setakat ini saya tidak pasti berapakah kadar pendaman (latency) S Pen dengan Galaxy Tab S7 FE ini. Berdasarkan maklumat dari Tab S7 dan S7+, kadar pendamannya adalah 9ms.
Kadar pendaman ini juga sebenarnya bergantung pada aplikasi apa yang anda gunakan. Sesetengah aplikasi mempunyai sela yang besar untuk mengikuti mata pena S Pen. Setakat ini, berdasarkan pemerhatian saya tiada pendaman yang ketara ketika melukis pada kelajuan biasa pada aplikasi seperti Samsung Notes dan Autodesk Sketchbook. Justeru tidak memberikan kesan terhadap hasil kerja lukisan yang dihasilkan.
Aplikasi lukisan pada Samsung Galaxy Tab S7 FE dan peranti Android lain
Aplikasi lukisan pada peranti Android kian bertambah baik dari hari ke hari. Untuk Samsung Galaxy Tab S7 FE ini, turut disediakan aplikasi Clip Studio Paint dengan langganan percuma selama 6 bulan, khusus untuk pengguna tablet ini.
Clip Studio Paint pada Android ini menawarkan fungsi yang sama sebagaimana versi desktop aplikasi ini. Penggunaannya juga didapati lancar walaupun saya merasakan fungsi yang ditawarkan olehnya terlalu banyak bagi pelukis suka-suka seperti saya ini.
Selain dari aplikasi Clip Studio Paint dan Autodesk Sketchbook seperti yang saya nyatakan di awal tadi, anda juga boleh mencuba aplikasi-aplikasi lukisan berikut:
- Medibang Paint
- Concepts
- Huion Sketch
- Infinite Painter
- Ibis Paint X
- Krita (beta)
- Tayasui Sketches (beta)
Secara keseluruhannya, melukis menggunakan S Pen pada Samsung Galaxy Tab S7 FE ini dirasakan lancar sahaja.
Cuma saya dapat merasakan sedikit ‘lag’ apabila mewarna menggunakan berus-berus bertekstur atau lukisan saya mula dilapisi dengan pelbagai lapisan (layer). Namun, ia masih mampu memberikan hasil yang memuaskan.
Pun begitu, apa yang membuatkan saya kagum dengan S Pen ini adalah tahap kepekaan dan ketepatan yang dibawakan olehnya.
Bagi anda yang tercari-cari tablet bersokongan stylus dengan paparan yang besar, Samsung Galaxy Tab S7 FE mungkin jawapan untuk anda.
Sehingga 31 Oktober ini, pembelian Samsung Galaxy Tab S7 FE akan disertakan bersama tawaran menarik secara percuma. Antara aksesori dan langganan percuma yang ditawarkan termasuklah:
- Book Cover (bernilai RM339)
- Langganan YouTube Premium selama 4 bulan (bernilai RM72)
- Langganan aplikasi Clip Studio Paint selama 6 bulan (bernilai RM221)
- Multi BT Keyboard (bernilai RM179) – khusus untuk pilihan RAM 6GB, storan 128GB sahaja.
Harga Samsung Galaxy Tab S7 FE
Terdapat dua pilihan spesifikasi yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia iaitu yang mempunyai sambungan Wi-Fi sahaja.
- Samsung Galaxy Tab S7 FE 4GB RAM dan storan 64GB – RM1,899
- Samsung Galaxy Tab S7 FE 6GB RAM dan storan 128GB – RM2,199
Anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy Tab S7 FE dengan mengunjungi kedai dalam talian di Samsung Malaysia, Lazada dan juga Shopee.













