
Aku orang Perak. Tapi baju raya aku semuanya jenis teluk belanga. Orang Johor je yang selalu pakai baju Melayu teluk belanga ni. Negeri lain, typically pakai baju Melayu cekak musang. Aku mula pakai baju Melayu teluk belanga ni pun sejak duduk di negeri Johor dulu. Lepas tu, dah pindah ke Kolumpo pun still pakai baju Melayu teluk belanga lagi.
Advantage baju Melayu teluk belanga ni, salah satunya tak payah susah-susah nak cari butang baju Melayu.
Kalaulah Jamil dalam filem Madu Tiga tu pakai baju Melayu teluk belanga, sure tak akan pening-pening tanya bini pertama dia masa cari butang baju Melayu.











Hehe..raya tahun ni memang ada beli yang tengkuk bulat macam ni..tapi tak selesa pula saya pakai..saya biasa yang ada colar tu…
Setiap tahun isteri akan membuat Baju Melayu Telok Belanga ini sempena Hari Raya. memang dia tidak pandai buat baju Melayu Cekak Musang.
Terbaik Identiti Johor … ;)warisan zaman berzaman
Motif? Hahaha..
telok belanga n cekak musang identiti baju melayu kita…keduanya smart dipakai…
dan baju teluk belanga senang nak jahit… !! heee ~
mood raya lagi ka bro… heheh, smart kaler baju ;3
smart kaler baju raya taon nih bro ;3
p/s: aku post komen skali lg sebab dlm previous komen aku tersalah type email address… hahah X3
Tak pernah lagi aku jumpa orang pakai email address yehaa.com ni. Hahaha.
Hehee… bila bab butang baju melayu, mesti teringat cerita Madu 3 tu kan… 😀 😀
laki ku pun suka sgt baju tekak gini..
bju penganti kita org dulu je aku tak kasi buat gini..mcm x berapa segak.. sekrg bju2 raya memang teluk belanga je
amboi tang jamil tu mmg mahal hihi
Aku tak sesuai bila pakai teluk belanga, lebih selesa dengan cekak musang walaupun banyak butang kena pakai. hahahaha