Buat anda yang pernah menguruskan anak-anak kecil, anda mungkin ditanyakan soalan tidak berhenti-berhenti. “Mengapa langit biru?” “Ke mana awan pergi pada waktu malam?” “Mengapa kucing tidur sepanjang hari?” “Berapa banyak bintang di langit?” Soalan-soalannya berterusan hingga kita yang dewasa ini keletihan melayan kerenah.
Kini, ada seseorang yang tidak akan pernah keletihan melayan.
Melalui Gemini Live pada Galaxy A17 5G, telefon anda menjadi rakan yang sentiasa sedia mendengar dan menjawab. Tiada skrip, tiada formaliti, hanya bercakap secara semula jadi dan Galaxy anda menjawab balik. Ia semudah bercakap dengan seseorang yang sentiasa di sisi anda.
Perlukan rakan belajar untuk membantu menerangkan subjek yang sukar? Gemini Live ada di sana. Perlukan jurulatih semangat sebelum pembentangan besar? Ia sedia untuk memotivasikan anda. Mahu bergosip tentang K-drama terkini atau berbual santai seperti jiran semasa memasak? Mulakan sahaja. Gemini Live menyesuaikan diri dengan anda, memainkan peranan yang anda perlukan pada masa itu, seperti adik-beradik, guru, atau bahkan ahli terapi malam lewat semuanya dalam satu.
Apa yang menjadikan Gemini Live kuat adalah keupayaannya mengendalikan perbualan harian dalam masa nyata. Anda tidak perlu menaip, mencari, atau menggunakan arahan kaku. Hanya bercakap seperti anda bercakap dengan rakan, dan Galaxy A17 5G anda menjawab dengan serta-merta, jelas, dan dengan maklumat atau sokongan yang anda cari.
Lebih daripada sekadar ciri, Gemini Live menjadikan Galaxy A17 5G terasa seperti rakan sejati. Ia mendengar apabila anda memerlukannya, menjawab apabila anda bertanya, dan sentiasa sedia untuk apa sahaja yang datang seterusnya. Pada harga bawah RM1,000, Galaxy A17 5G menjadikan inovasi berkuasa AI mudah, peribadi, dan boleh diakses oleh semua orang.
Sejak pelancaran, rakyat Malaysia sudah mula meneroka sisi menyeronokkan Gemini Live di TikTok, menunjukkan betapa semula jadinya untuk cakap je dan dapat jawapan serta-merta. Video ini menyerlahkan bagaimana Gemini Live sesuai dalam perbualan sebenar.
Harga dan Ketersediaan
Galaxy A17 5G dan Galaxy A07 LTE baharu kini tersedia di Malaysia, menawarkan pilihan warna bergaya yang sesuai dengan setiap personaliti. Galaxy A17 5G tersedia dalam warna Hitam, Kelabu, dan Biru, manakala Galaxy A07 LTE hadir dalam Light Violet, Hijau, dan Hitam. Galaxy A17 LTE akan menyertai barisan mulai 26 September 2025.
Promosi Pelancaran Eksklusif
Untuk meraikan pelancaran, Samsung menawarkan pelbagai tawaran eksklusif kepada rakyat Malaysia untuk pembelian yang dibuat dari 5 – 30 September 2025 merentasi Kedai Dalam Talian Samsung, Kedai Pengalaman Samsung, peruncit yang dibenarkan dan platform e-dagang yang mengambil bahagian:
Promosi Pelancaran Samsung Galaxy A17 5G
Model | RAM + Memori | RRP (RM) | Rebat (RM) | Harga Promosi selepas rebat (RM) |
---|---|---|---|---|
Galaxy A17 5G | 8+256GB | RM999 | RM100 | RM899 |
Galaxy A17 5G | 8+128GB | RM899 | RM100 | RM799 |
Waranti Lanjutan Percuma 1 Tahun Samsung Galaxy A17 5G & A07 LTE
Pelanggan yang membeli Galaxy A07 LTE atau Galaxy A17 (5G/LTE) semasa tempoh promosi akan layak mendapat waranti lanjutan satu tahun percuma. Untuk menikmati faedah ini, pelanggan dikehendaki melengkapkan pendaftaran waranti dalam masa 30 hari selepas pembelian.
Samsung Galaxy A17 5G & A07 LTE Percuma Travel Adapter 25W
Model | Varian | Hadiah Percuma Pelancaran |
Galaxy A17 5G | 8+128GB | 25W Travel Adapter (Tiada Kabel) bernilai RM89 |
Galaxy A17 5G | 8+256GB | |
Galaxy A07 LTE | 6+128GB | |
Galaxy A07 LTE | 8+256GB |
Promosi Galaxy Buds Core Samsung Galaxy A17 5G & A07 LTE
Pelanggan yang membeli Galaxy A07 LTE atau Galaxy A17 (5G/LTE) semasa tempoh promosi akan layak membeli satu unit Galaxy Buds Core pada harga diskaun dalam satu transaksi/resit tunggal.
Model | Nama model | RRP (RM) | Harga Selepas Diskaun (RM) |
|
Galaxy Buds Core | RM199 | RM139 |
Promosi Diskaun 30% Aksesori Mudah Alih Berjenama Samsung Galaxy A17 5G
Model | Aksesori | RRP (RM) | Harga Selepas Diskaun (RM) |
Galaxy A17 5G |
Pek Bateri 10,000mAh | RM159 | RM111.30 |
Pek Bateri 20,000mAh | RM249 | RM174.30 | |
Pek Bateri Nirwayar 10,000mAh | RM199 | RM139.30 | |
A17 Card Slot Case | RM49 | RM34.30 | |
A17 Clear Case | RM49 | RM34.30 |
- Untuk membeli Galaxy A17 5G, lawati
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a17-5g-blue-256gb-sm-a176bzbkxme/buy - Untuk membeli Galaxy A07, lawati
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a07-green-256gb-sm-a075fzgixme/buy