Utama Semua pengarang Mesej oleh Meja Berita

Meja Berita

Meja Berita
1483 ARTIKEL 0 KOMEN
Terus dari meja pengarang berita Harian Teknologi. Akhbar teknologi nombor 3 di Malaysia!
ChuanQi IP kemas kini kandungan baharu 'MIR2M: The Warrior'

ChuanQi IP kemas kini kandungan baharu ‘MIR2M: The Warrior’

0
MIR2M: The Warrior dilancarkan dalam pasaran global (kecuali Korea, China) pada 1 September.Kini, pemain boleh menikmati pengalaman kurungan bawah tanah baharu dan pelbagai kandungan...
HUAWEI CONNECT 2022 di Dubai: Infrastruktur Inovatif Pacu Transformasi Digital Industri

HUAWEI CONNECT 2022 di Dubai: Infrastruktur Inovatif Pacu Transformasi Digital Industri

0
DUBAI, UAE, 14 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- HUAWEI CONNECT Dubai telahpun diadakan di Emiriah Arab Bersatu, dengan lebih 3,000 pihak berkepentingan industri berhimpun untuk...

Harapan Secerah Bintang, Bagaimana Selebriti seperti Varun Dhawan Bekerjasama untuk Membantu Zeus yang berusia...

0
Platform pembiayaan beramai-ramai global, Ketto, menganjurkan kempen untuk mengumpulkan 5 Crores yang diperlukan untuk Zeus BANGALORE, India dan NEW DELHI, 14 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Zeus...
MDEC Minggu Digital Malaysia 2022

Minggu Digital Malaysia 2022 menutup tirai, Ikrar Tindakan Iklim Malaysia Digital dilancarkan

0
KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2022 – Acara kemuncak Minggu Digital Malaysia 2022 (Malaysia Digital Week - MDW 2022) yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital...

MDEC lancarkan Malaysia Digital Week 2022, Kukuhkan Peranan Malaysia sebagai Hub Serantau bagi Pelaburan...

0
KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2022 - Malaysia Digital Week 2022 (MDW 2022), yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital...

Memahami tidur — Bagaimana tabiat tidur kita telah berubah sepanjang Pandemik

0
Sejak permulaan pandemik COVID-19, orang di seluruh dunia telah mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan mereka lebih daripada sebelumnya. Sebahagian besar daripada ini melibatkan peningkatan kesedaran tentang...

Cabaran #FlexEveryAngle: Tunjukkan semua sudut terbaik seunik anda dengan Galaxy Z Flip4

0
Galaxy Z Flip4 direka untuk pencipta muda yang ingin mengekspresikan diri mereka dengan cara baharu. Peranti bersaiz menyeronokkan ini dilengkapi dengan lensa yang lebih...

Kongsikan cerita Unstoppable Generasi anda di #TeamUnstoppableMY22 dan Menangi Galaxy Z Flip4

0
Kami ingin mendengar cerita anda! Para belia Malaysia telah berkongsikan kisah mereka yang tidak dapat dihalang sebagai sebahagian daripada kempen Samsung #TeamUnstoppableMY22. Jika anda...
Addteq APAC Mengumumkan Penjenamaan Semula, Menukar Nama kepada Enreap

Addteq APAC Mengumumkan Penjenamaan Semula, Menukar Nama kepada Enreap

0

PUNE, India, 3 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Addteq APAC mengumumkan rancangannya untuk menukar nama korporatnya kepada "Enreap" bagi membolehkan fokus strategik yang lebih jitu dilaksanakan untuk menjadi peneraju global dalam perkhidmatan ALM (Pengurusan Kitaran Hayat Aplikasi), DevOps (Pembangunan dan Operasi) dan Digital. Nama tersebut diperoleh daripada dua komponen yang penting, iaitu "en" dan "reap". "en" membawa maksud sebuah persatuan yang membayangkan, meningkatkan, membolehkan, memberi tenaga dan memperbaiki bahagian yang terlibat, manakala "reap" membawa maksud nilai perniagaan yang direalisasi untuk para pelanggan kami.

Addteq APAC Mengumumkan Penjenamaan Semula, Menukar Nama kepada Enreap

Sebagai sebahagian daripada penukaran nama tersebut, syarikat ini telah mengeluarkan logo syarikat baharu dan melancarkan laman web syarikat baharu di www.enreap.com.

"2022 merupakan titik penting dalam evolusi organisasi kami. Sepanjang dekad yang lalu, sebagai salah satu rakan kongsi yang paling dipercayai untuk Atlassian di India dan Asia Tenggara, kami telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 300 pelanggan serta membangunkan kecekapan yang membantu organisasi mencapai ketangkasan perusahaan dengan DevOps dan ALM. Transformasi digital kini merupakan keutamaan yang mendesak bagi perusahaan oleh kerana keperluan pasaran yang telah berubah. Bagi menangani keperluan yang berubah-ubah ini, kami telah memperluas keupayaan kami melalui tawaran dan perkongsian perkhidmatan baharu. Nama baharu kami ini menekankan semula cadangan nilai teras kami dalam menyampaikan nilai perniagaan dengan memanfaatkan kepakaran teknologi dan domain", kata Surinderpal Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif Addteq.

Sepanjang beberapa tahun yang lalu, Enreap telah mengalami lebih 35% pertumbuhan tahun ke tahun dan lebih dua kali ganda pertambahan jumlah pekerjanya. Bersama-sama dengan tawaran perkhidmatan baharu, syarikat ini telah membentuk perkongsian baharu dengan Prinsipal seperti monday.com, Micro Focus, JetBrains, Planview dan JFrog. Enreap kini bekerjasama dengan perusahaan berskala besar dalam melaksanakan inisiatif transformasi mereka serta turut membantu mereka menubuhkan Pusat Pembangunan Luar Pesisir. Ia telah memperluas operasinya di peringkat antarabangsa serta menubuhkan pangkalan di Singapura dan Dubai.

Pertumbuhan ini mencerminkan penerimagunaan kematangan serta pengoptimuman teknologi baru muncul dan prinsip DevOps & SRE dalam perusahaan, dan Enreap komited untuk membantu mereka bagi memastikan kejayaan strategi transformasi mereka dicapai.

Tentang Enreap
Enreap membantu para pelanggan melakukan DevOps dan ALM dengan lebih baik. Kami membantu para pelanggan merealisasikan pulangan yang lebih besar ke atas pelaburan mereka dalam Transformasi dan Operasi Digital. Kami menggunakan rangka kerja dan alatan yang mengatur dan mengoptimumkan Penghantaran Perisian serta Projek & Operasi IT untuk membantu pelanggan kami mencapai kecemerlangan penyampaian operasi.

Enreap menawarkan perkhidmatan dalam Perundingan, Reka Bentuk dan Pelaksanaan Penyelesaian, Perkhidmatan Terurus dan Sokongan Teknologi Global selama 24 jam sehari. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.enreap.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1912478/Addteq_APAC.jpg

Hubungan Media: 

Kamini Yadav
kamini.yadav@enreap.com
Pakar Pemasaran
Enreap

 

GITEX GLOBAL 2022 menghimpunkan para pemimpin dunia untuk cabaran dan kerjasama dalam ekonomi Web 3.0

GITEX GLOBAL 2022 menghimpunkan para pemimpin dunia untuk cabaran dan kerjasama dalam ekonomi Web...

0

DUBAI, UAE, 3 Oktober 2022  /PRNewswire/ -- Dubai akan berubah menjadi pusat digital terunggul di dunia pada bulan hadapan, apabila UAE menganjurkan GITEX GLOBAL, pameran teknologi terbesar di dunia yang menggabungkan syarikat-syarikat paling maju dan para pakar terbaik untuk menyelami proses pembentukan ekonomi Web 3.0.

GITEX GLOBAL 2022 menghimpunkan para pemimpin dunia untuk cabaran dan kerjasama dalam ekonomi Web 3.0

 

Mulai 10-14 Oktober 2022 di Pusat Dagangan Dunia Dubai (DWTC), GITEX GLOBAL menampilkan susun atur paling hebat yang pernah dilakukan, dengan tujuh tema berbilang teknologi yang diuji dalam metaverse, masa depan Internet tidak berpusat dan ekonomi digital global yang mampan.

Saiz acara yang mencatat rekod dan pengembangannya yang berterusan ini menggambarkan cita-cita transformasi digital UAE dan wilayah ini, kerana inisiatif kerajaan seperti Program Kebangsaan untuk Pengekod, Strategi Metaverse Dubai dan Next GenFDI mendorong UAE sebagai peneraju ekonomi digital global.  

Ini diperkukuhkan lagi dengan pelancaran X-VERSE GITEX GLOBAL 2022 baharu yang ditaja oleh TMRW Foundation dengan kerjasama Decentraland, salah satu perjalanan metaverse paling imersif di dunia yang menampilkan 28 jenama berpengalaman; dan Global DevSlam, perhimpunan terbesar bagi para pengekod dan pembangun di Timur Tengah.

T.Y.T Omar Al Olama, Menteri Negara untuk AI, Ekonomi Digital & Aplikasi Kerja Jarak Jauh berkata: "GITEX tahun ini adalah lebih besar daripada sebelum ini. Ia meliputi ruang seluas dua juta kaki persegi dengan lebih 5,000 pempamer dari lebih 90 buah negara, yang menjadikannya sebagai pameran teknologi yang terbesar sekali di dunia. Tahun ini, pejabat saya telah bekerjasama dengan GITEX untuk memastikan bahawa kami bukan sahaja mempamerkan teknologi, malah sebenarnya mencipta dan membangunkannya."

Trixie LohMirmand, Naib Pengerusi Eksekutif Pengurusan Acara DWTC yang merupakan penganjur GITEX GLOBAL, menambah: "GITEX memenuhi matlamat asalnya untuk membolehkan dan mempercepat ekonomi digital UAE dan pelbagai rakan sekutunya melalui perhubungan yang dijalinkan antara pihak berkepentingan yang benar-benar serius dengan para pakar yang cemerlang dari seluruh dunia, dan hubungan ini direalisasikan menjadi kerjasama yang boleh dimanfaatkan."

GITEX GLOBAL 2022 mengalu-alukan kedatangan 52% pempamer baharu yang julung-julung kali berlaku, yang memilih pameran ini serta UAE sebagai pilihan pertama dalam strategi mereka untuk mengakses pasaran. North Star akan menganjurkan perhimpunan syarikat-syarikat Unicorn terbesar tahun ini di Dubai, dengan 35 syarikat Unicorn dari 15 buah negara yang ingin berkembang ke salah satu pasaran paling pesat berkembang di dunia.

Selain itu, XPENG, sebuah syarikat teknologi terkemuka dan pengeluar EV, telah memilih GITEX GLOBAL untuk melancarkan penerbangan awam pertama di dunia bagi kereta terbang eVTOL rintisnya, X2, dengan sokongan rakan kongsi rasminya iaitu Dewan Perniagaan Dubai.

 

 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1912014/GITEX_global.jpg
Video - https://mma.prnewswire.com/media/1912027/GITEX_2022.mp4

 

 

Paling Popular