Utama Komputer ASUS Konsol ASUS ROG Xbox Ally akan tiba 16 Oktober ini

Konsol ASUS ROG Xbox Ally akan tiba 16 Oktober ini

117
0

ASUS mengumumkan konsol permainan boleh pegang ROG Xbox Ally X dan Xbox Ally akan memasuki ke pasaran global pada 16 Oktober ini. Berikut adalah senarai negara-negara yang akan menerima kemasukan konsol permainan tersebut:

  • Arab Saudi
  • Amerika Syarikat
  • Australia
  • Belanda
  • Belgium
  • China (Hanya Xbox Ally X)
  • Denmark
  • Emiriah Arab Bersatu
  • Filipina
  • Finland
  • Hong Kong
  • Itali
  • Ireland
  • Jepun
  • Jerman
  • Kanada
  • Korea Selatan
  • Malaysia
  • Mexico
  • New Zealand
  • Norway
  • Perancis
  • Poland
  • Portugal
  • Republik Czech
  • Romania
  • Singapura
  • Sepanyol
  • Sweden
  • Switzerland
  • Taiwan
  • Turkiye
  • United Kingdom
  • Vietnam

Walaupun harganya di pasaran masih lagi belum diumumkan, laporan awal yang tertiris menyatakan ROG Xbox Ally akan berharga dari €599 (~RM2,947) dan Xbox Ally X berharga €899 (~RM4,424).

Dari segi spesifikasi, ROG Xbox Ally menggunakan pemprosesan AMD Ryzen Z2 A yang mempunyai CPU 4 teras, 8 bebenang dengan lapan teras GPU RDNA2. Konsol ini juga didatangkan dengan RAM LPDDR5x-6400 16GB dan storan dalaman PCIe 4.0 berkapasiti 512GB bersama-sama bateri 60Wj.

ROG Xbox Ally X yang lebih premium pula menggunakan pemprosesan Ryzen AI Z2 Extreme yang lebih berkuasa. Ia mempunyai CPU 8 teras, 16 bebenang dan 16 teras GPU RDNA 3.5 serta satu NPU. Lain-lain spesifikasinya termasuklah RAM LPDDR5x-8000 24GB, SSD PCIe 4.0 1TB, dan bateri yang lebih besar berkapasiti 80Wj.

Tinggalkan komentar