Kuala Lumpur, 9 Februari 2026 – Astro kini menawarkan promosi istimewa untuk pek Astro One terpilih bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati lebih banyak hiburan kegemaran.

Bermula hari ini hingga 30 April 2026, pelanggan baharu dan sedia ada boleh menikmati tawaran bernilai hebat ini yang menggabungkan aksi sukan, filem, siri serta hiburan seisi keluarga dalam satu pengalaman tontonan yang lebih lancar dan menyeluruh.

Direka untuk memenuhi cita rasa dan gaya hidup yang berbeza, pek Astro One menawarkan pilihan hiburan yang sesuai untuk setiap isi rumah. Sebagai sebahagian daripada promosi terhad ini, Pek Sports Astro One kini ditawarkan pada harga serendah RM69.99 sebulan (RRP RM99.99) dan pelanggan akan mendapat Pek Kids bernilai RM9.90 secara percuma, memberikan nilai tambahan kepada seisi keluarga.

Bagi mereka yang mahukan pengalaman hiburan yang lebih lengkap, Pek Epic Astro One  pula ditawarkan pada harga promosi istimewa RM159.99 sebulan (RRP RM199.99). Pek ini menghimpunkan kandungan premium merangkumi filem, siri, sukan dan hiburan kanak-kanak, serta akses kepada lapan aplikasi penstriman popular termasuk Netflix, Disney+, Prime Video, iQIYI, beIN Sports dan banyak lagi — semuanya dalam satu platform. Dengan semuanya tersedia di satu tempat, pelanggan boleh menikmati pengalaman yang lebih lancar apabila beralih antara saluran TV LIVE dan aplikasi penstriman kegemaran tanpa perlu bertukar peranti atau mengurus pelbagai langganan. Ini menjadikan pengalaman hiburan harian lebih mudah, lebih lengkap dan lebih selesa.

Harga Promosi

Pek Langganan Nilai Tambahan Harga Promosi
Pek Sports Astro One Pek Kids – tanpa caj tambahan

(RRP: RM9.90)

RM69.99 sebulan
Pek Epic Astro One RM159.99 sebulan

Selain menawarkan nilai hebat, promosi ini turut membuka akses kepada barisan kandungan menarik di saluran Astro serta aplikasi penstriman. Penonton boleh menantikan rancangan menarik seperti One Piece 2 di Netflix, Made in Korea di Disney+, Love in Red Dust di iQIYI, serta siri Astro Original Bad Cop. Peminat sukan juga tidak ketinggalan, dengan akses kepada aksi bertaraf dunia termasuk musim Premier League 2025/26 dan kejohanan BWF utama. Daripada perlawanan LIVE yang penuh adrenalin, siri yang mengasyikkan untuk ditonton tanpa henti, sehinggalah pilihan kegemaran seisi keluarga, sentiasa ada sesuatu untuk dinikmati sama ada di rumah atau ketika dalam perjalanan.

Promosi eksklusif ini terbuka kepada pelanggan baharu yang ingin melanggan Pek Sports atau Pek Epic Astro One, serta pelanggan sedia ada yang ingin menaik taraf pek langganan mereka. Dengan pilihan yang fleksibel, pelanggan boleh menyesuaikan hiburan kesukaan mereka mengikut keperluan tontonan yang sentiasa berubah.

Hubungi segera

Pelanggan yang berminat boleh melanggan atau menaik taraf pek mereka menerusi Astro Authorised Exclusive Partner, Premium Kiosk atau Mobile Booth, ataupun menghubungi Astro melalui WhatsApp atau panggilan telefon. Proses pemasangan turut dipermudahkan dengan caj pemasangan standard sebanyak RM50 untuk pelanggan baharu dan RM49 untuk pelanggan sedia ada, manakala pemasangan Plug-and-Play ditawarkan tanpa sebarang kos. Pelanggan sedia ada yang sudah memiliki Ultra atau Ulti Box boleh terus menggunakan peranti sedia ada tanpa perlu mendapatkan kotak baharu atau membayar sebarang caj pemasangan.

Melalui promosi Astro One ini, Astro terus komited untuk menjadikan hiburan lebih mudah, lebih terhubung dan lebih menyeronokkan untuk semua. Dengan menghimpunkan kandungan premium, aplikasi penstriman popular dan pilihan tontonan yang fleksibel dalam satu platform, Astro memastikan pelanggan dapat menikmati hiburan secara lancar pada bila-bila masa dan di mana sahaja, sambil mencipta lebih banyak detik untuk berehat, berhubung dan menikmati hiburan bersama.

Astro terus menawarkan nilai hebat menerusi Pek Astro One yang kini ditawarkan bermula daripada RM49.99*, dengan pengalaman penstriman yang mudah dan hiburan tanpa henti. Pelanggan yang berminat untuk melanggan Pek Astro One boleh melayari astro.com.my atau menghubungi Astro melalui WhatsApp di 03 9543 3838.

Tinggalkan komentar