Astro pada hari ini telah mengumumkan saluran-saluran baharu yang menyediakan lebih rancangan televisyen dan filem dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Saluran-saluran baharu yang diperkenalkan ini akan sedia untuk ditonton berdasarkan jenis-jenis pelan langganan yang dibuat pengguna.
Antara yang saluran baharu yang ditawarkan ialah SHOWCASE MOVIES yang menyiarkan sejumlah judul-judul filem. Manakala saluran baharu seperti Paramount Network dan PRIMEtime memberikan anda akses kepada rancangan dari Marvel’s Agents of S.H.I.E.L.D. hinggalah Keeping Up with the Kardashians.
Turut diperkenalkan ialah dua saluran HBO baharu iaitu HBO Hits dan HBO Family. Antara keduanya, HBO Family menayangkan rancangan-rancangan yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
Selain itu, saluran-saluran khusus yang menyediakan kandungan British, BBC Lifestyle dan BBC Earth turut disenaraikan. Saluran lain BBC di dalam senarai Astro iaitu BBC First dan BBC Brit yang merupakan saluran Atas Permintaan (On-Demand).
Peminat sukan pula akan menerima tiga saluran baharu yang meliputi pelbagai jenis sukan di serata dunia bermula iaitu Astro SuperSport 5, SPOTV dan Astro Arena 2.
Kesemua saluran baharu ini dilancarkan hari ini, manakala dua lagi saluran BBC On-Demand akan mula bersiaran 15 Oktober ini. Dalam pada masa yang sama, Astro juga menambahbaik penawarannya dengan rakan penstrimannya melalui akses percuma ke aplikasi seperti TVBAnywhere+, Netflix, Disney+ Hotstar, iQIYI, dan HBO Go.













