Astro pada hari ini telah mengumumkan Pakej Jimat 109 yang menawarkan pakej asas Primary Pack dan perkhidmatan jalur lebar dalam satu harga, RM109.99 sebulan.

Bergantung di mana anda lokasi kediaman anda, kelajuan jalur lebar yang ditawarkan boleh didapati sama ada 30Mbps atau 50Mbps.

Jika kawasan anda diliputi rangkaian jalur lebar TNB Allo, kelajuan yang anda terima melalui Pakej Jimat 109 ini adalah pada 50Mbps.

Bagaimanapun, liputan Allo masih lagi terhad buat masa ini kerana hanya boleh didapati di sesetengah kawasan di Cyberjaya, Pulau Pinang, Melaka, Perak dan Kedah.

Untuk kawasan-kawasan lain yang tidak menerima liputan Allo pula akan bergantung kepada liputan Maxis Fibre dengan kelajuan 30Mbps. Kedua-dua jenis kelajuan, 30Mbps dan 50Mbps adalah sama iaitu RM109.99 sebulan.Jadual Pakej Astro Pakej Jimat 109

Pelanggan yang mengambil Pakej Jimat 109 ini juga akan disediakan dengan Astro Ulti Box yang menawarkan resolusi sehingga Full HD. Sebagai perbandingan, Astro Ultra Box berkeupayaan menyokong paparan beresolusi sehingga 4K.

Pada kebiasaannya, pelanggan Primary Pack perlu membayar bayaran pengaktifan untuk Astro Ulti Box. Namun, memandangkan Pakej Jimat 109 dikira sebagai pelan Astro & Broadband, bayaran pengaktifan tersebut telah dikecualikan. Ia juga turut melibatkan pilihan pemasangan sama ada Plug & Play menggunakan internet sahaja, atau pemasangan piring satelit Astro seperti kebiasaannya.

Pakej Jimat 109 ini juga didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan seperti mana yang terdapat pada pakej-pakej Astro lain. Untuk maklumat, pakej ini hanya ditawarkan dalam waktu yang terhad sehingga 7 Mac 2022.

Selain itu, pakej ini juga tidak ditawarkan secara terus melalui laman web Astro. Anda boleh mendapatkannya menerusi panggilan atau mesej WhatsApp kepada ejen khidmat pelanggan Astro di talian 03-74813000.

Tinggalkan komentar